DR. MAHATHIR TIDAK AKAN BUBAR PARLIMEN WALAUPUN RIBUT PETIR MELANDA

1.1k
SHARES
4k
VIEWS

1. Walaupun mengikut pengiraan penganalisa politik, Azmin Ali tidak mempunyai 112 Ahli Parlimen menyokong Dr. Mahathir.

2. Manakala, Anwar Ibrahim juga tidak mempunyai 112 Ahli Parlimen menyokong dirinya tetapi yang jelas Anwar mempunyai lebih ramai Ahli Parlimen bersama dirinya daripada Dr. Mahathir dan Azmin.

3. Kedua-dua pihak tidak mempunyai cukup Ahli Parlimen (112), untuk terus berkuasa atau untuk menggantikan Perdana Menteri.

4. Selepas kekalahan besar 15 ribu undi di Tanjung Piai, Dr. Mahathir kelihatan letih dan kecewa.

5. Walau apapun yang berlaku, Dr. Mahathir tidak akan membubarkan Dewan Rakyat.

6. Dan nampaknya, walau apapun berlaku, Dr. Mahathir tidak akan lepaskan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim atas beberapa alasan yang Dr. M sahaja perlu tahu.

7. Dua hari lalu, seorang KSU penjawat awam dijadikan ‘kambing hitam’ oleh Menteri Pertanian PH.

8. Dari sumber yang boleh dipercayai, sebenarnya Menteri-Menteri PH sombong ini, mahu menukar lagi 7 orang KSU Kementerian.

9. Kononnya, KSU-KSU ini tidak sehaluan dengan kehendak Menteri. Betapa sombongnya Menteri-Menteri Kerajaan PH ini.

10. Tanpa KSU penjawat awam ini, Kerajaan PH akan berhadapan dengan masa depan yang gelap untuk membangunkan negara ini.

MEMINJAM KATA-KATA TUN DAIM:

11. Without the civil servant, you are dead.

Tanpa kepimpinan penjawat awam, Kerajaan PH akan mati.

Salam.

DSBA

Shah Alam

27 November 2019

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts