STRATEGI MUDAH UNTUK AHLI PARLIMEN UMNO (BUAT KUMPULAN HISHAMUDDIN)

549
SHARES
3.2k
VIEWS

Sekumpulan Ahli Parlimen UMNO yang makan malam di rumah Datuk Seri Mohd. Azmin Ali tentunya mempunyai hajat yang besar, sesuai dengan kehendak dan nafsu masing-masing.

Namun hajat mereka tentulah tidak sebesar dan tidak dapat dibandingkan dengan Azmin sendiri yang terpalit dengan video semburit yang bukan sahaja disahkan tulen, malah pasangannya juga mengaku melakukannya bersama Azmin.

Azmin terdesak ingin meletakkan dirinya kembali di depan Tun Mahathir sebagai individu yang layak menjadi Perdana Menteri.

Maka sedaya upaya beliau akan membuat apa sahaja demi kelangsungan politiknya yang semakin pudar.

Jika dengan cara menarik seramai mungkin Ahli Parlimen UMNO ini bersamanya akan mengembalikan kepercayaan Mahathir terhadap beliau, maka itulah yang akan beliau usahakan sedaya upaya.

Sama seperti Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein yang dikhabarkan mengetuai sekumpulan Ahli Parlimen tersebut, yang turut dihadiri 5 Ahli Parlimen PKR, walaupun beliau menafikannya.

Sebelum ini Dato’ Seri Hamzah Zainuddin juga berusaha mengambil hati Mahathir dengan menggunakan Kongres Maruah Melayu.

Namun cara tersebut gagal, malah dilihat orang Melayu semakin hilang percaya dan menjauhkan diri daripada Mahathir.

Kekalahan memalukan di PRK Tanjung Piai merupakan natijahnya.

Azmin, Hishamuddin dan Hamzah masing-masing cuba mengambil hati dan meletakkan diri masing-masing agar ‘dilihat berjasa’ oleh Tun Mahathir.

Tanpa menyedari keliling Mahathir tidak menyukai dan membenci mereka terutamanya pasukan Tan Sri Muhyiddin yang tentunya juga bercita-cita ingin menjadi Perdana Menteri.

Buat Hishamuddin dan Ahli-ahli Parlimen UMNO yang hadir di rumah Azmin, apa kata mereka bersabar dan berfikir rasional sedikit.

Jika benar tujuannya untuk mempertahankan Tun Mahathir yang semakin lemah atas faktor usia tersebut,  tetapi kenapa sampai perlu membelakangkan Majlis Tertinggi UMNO dan amanah rakyat yang mengundi mereka?

Jika benar tujuannya baik dan murni, lebih baik mereka sarankan Tun Mahathir agar tindakan tidak bermaruah membekukan akaun UMNO dibatalkan serta merta dan barulah perbincangan dilakukan dengan pasukan Mahathir.

Tidak perlu memberi ‘talian hayat’ yang tidak diminta oleh Tun Mahathir dan pasukannya yang bergelak ketawa di belakang melihat kerenah Azmin, Hishamuddin, Hamzah dan lain-lain Ahli Parlimen UMNO yang terhegeh-hegeh ingin ‘membela’ Tun Mahathir kononnya.

Dalam masa yang sama UMNO masih ditekan, maka bukankah tindakan bodoh namanya?

Apa yang Hishamuddin dan rakan-rakan Ahli Parlimennya itu perlu lakukan adalah menunggu dan biarkan Pakatan Harapan bercakaran sesama sendiri.

Biarkan kumpulan pro Azmin terkial-kial mencari jalan yang semakin tidak kelihatan.

Biarkan kumpulan pro Anwar mengkritik dan meminta Tun Mahathir melepaskan jawatan kepada ketua mereka.

Biarkan DAP berterusan menyerang terbuka Tun Mahathir kerana antara mereka sememangnya dari awal tiada kesepakatan.

Biarkan Amanah menyokong segala tindak-tanduk DAP dalam mendesak Mahathir berundur kerana  dilihat semakin memudaratkan mereka.

Biarkan media pro mana-mana pemimpin Pakatan Harapan cucuk-mencucuk sesama sendiri.

Pendek kata, biarkan Pakatan Harapan musnah dan runtuh dengan sendirinya, barulah rakyat boleh hormat dengan UMNO.

Jika bersabar, kelak Anwar ataupun Mahathir sendiri akan datang melutut meminta sokongan agar talian hayat mereka disambungkan.

Barulah ketika itu UMNO melalui Muafakat Nasional bersama PAS dan parti lain dalam Barisan Nasional memberikan ‘terma’ yang dikehendaki rakyat iaitu;

BUBARKAN PARLIMEN.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts