MUHYIDDIN SENYAP, MUKRIZ DIAM, SETPOL MAHATHIRPUN GHAIB

501
SHARES
2.9k
VIEWS

1. Apabila PPBM gagal mempertahankan kerusi Tanjung Piai untuk PH, gegak gempitalah kem anti-Mahathir di dalam PH. Serangan bertalu-talu dari DAP dan PKR agak meyakinkan hingga timbul berita Mahathir bakal meletakkan jawatan yang kemudiannya dinafikan oleh pejabat PM. Anehnya, kita belum dengar lagi suara mempertahankan Mahathir oleh pimpinan utama PPBM.

2. TS Muhyiddin Yasin, Presiden PPBM yang juga Pengarah PRK Tanjung Piai diam seribu bahasa. Mungkin saja beliau sedang memakai topeng beruang atau berjalan seperti seladang bagi mengelakkan beliau menjadi sasaran ‘tembakan’. Situasi ini aneh sekali. Dalam politik, ini boleh menimbulkan spekulasi dalam PPBM. Adakah Muhyiddin juga sebahagian dari geng Anwar dan DAP yang mahu menjatuhkan Mahathir? Atau apakah Muhyiddin juga punya cita-cita mahu menjadi PM menggantikan Mahathir jika PPBM masih kekal menguasai kuota PM dalam PH?

3. Dalam konteks lain, apa sudah jadi dengan Setiausaha-setiausaha Politik Mahathir? Sepatutnya, mereka ini tunjang utama merancang, mengawasi dan menggerakkan poltik Mahathir. Ini tidak, selepas tewas di Semenyih dan kini Tanjung Piai, Setiausaha-setiausaha Politik Mahathir hanya mengeluarkan kenyataan konon mempertahankan Mahathir. Kalau setakat membuat kenyataan, pengawal keselamatan di pintu masuk kompleks JPM pun boleh buat. Tugas Setiausaha Politik bukan sekadar keluarkan kenyataan dan membuat ‘PR’ dengan orang awam.

4. Dek kerana kalutnya situasi pasca Tanjung Piai, Azmin terpaksa mengambil alih tugas Setiausaha Politik Mahathir. Azmin dilihat sedang bergelut merancang, mengawasi dan menggerakkan agenda politik Mahathir. Mungkin kerana sibuk membuat tugasan Setpol Mahathir, tugas hakiki menjaga ekonomi terabai. Atau mungkin juga kerana terpaksa berbuat sesuatu yang telah melindungi beliau dari kes video yang pelakunya tidak dapat dikenal pasti hingga kini.

5. Mukrizpun diam seribu bahasa. Mungkin menunggu Lapangan Terbang Kulim siap baru hendak bertindak. Sementara itu, Mukriz mungkin sibuk berulang alik KL-Kedah yang tidak memungkinkan beliau peduli dengan situasi yang melanda PPBM kini. Bagi Mukriz, aku tetap anak ‘daddy‘ biarpun orang lain setengah mati mempertahankan daddy-nya itu.

Ada yang pernah katakan Mahathir ‘berseorangan’ walaupun menjadi PM kali kedua. Menyaksikan situasi terkini, mungkin ada benarnya telahan ini. Jika terlalu lama berseorangan, boleh menyebabkan kemurungan.

Jangan biarkan Mahathir merajuk. Jika orang tua merajuk, buruk rupanya. Bukan itu saja, jika orang tua merajuk, beliau boleh tersalah langkah.

Salah langkah boleh membawa orang tua kembali ke jalan asal…

Fikir-fikirkanlah….

Salam hormat.

Orang lama (yang tidak merajuk)

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts