MAJLIS MAKAN MALAM DI RUMAH AZMIN ALI MENGUNDANG KONTROVERSI

36
SHARES
403
VIEWS

Majlis makan malam di rumah Azmin Ali di Putrajaya malam semalam mengundang kontroversi apabila kelihatan 17 Ahli Parlimen UMNO dan 5 Ahli Parlimen PKR hadir di rumah Azmin.

News portal melaporkan bahawa makan malam tersebut dihadiri oleh Hishamuddin Tun Hussien dan dihoskan oleh Azmin Ali.

Perbincangan dikhabarkan berkisar kepada tajuk, “Untuk mempertahankan Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad, daripada serangan demi serangan”, yang menggesa Dr. Mahathir meletakkan jawatan sebagai PM dalam waktu terdekat ini.

ULASAN:

Walaupun belum dapat dipastikan tujuan makan malam tersebut, tetapi apa yang jelas, Azmin Ali secara terbuka mengisytiharkan peperangan terhadap Anwar Ibrahim.

Kerana perjumpaan malam semalam bertujuan untuk mendapatkan sokongan kepada Dr. Mahathir daripada sebarang serangan dan tekanan untuk meletakkan jawatan atau;

Mempertahankan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri sekiranya ada undi tidak percaya, di dalam Dewan Rakyat.

Apa yang amat menghairankan, tidak sampai 48 jam Barisan Nasional beroleh kejayaan yang besar di Tanjung Piai, Ahli-ahli Parlimen UMNO kelihatan sudah berpakat-pakat untuk mempertahankan Dr. Mahathir daripada serangan politik daripada Anwar Ibrahim dan penyokong-penyokongnya.

Kelakuan ini, menghairankan ahli-ahli UMNO di akar umbi.

Kerana tidak sampai 48 jam, BN dan UMNO kalahkan Pakatan Harapan serta Dr. Mahathir, kini ada Ahli Parlimen UMNO – berbaik-baik dengan musuh Barisan Nasional.

APA TUJUAN?

APA ISU?

KENAPA JADI BEGINI?

Biarlah Ketua Kumpulan 17 MP UMNO ini, memperjelaskan kepada ahli-ahli UMNO dan rakyat.

DITUNGGU.

Salam.

DSBA

19 November 2019

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Berkaitan