" />
  • MENGENAI ED
  • HUBUNGI KAMI
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN
  • HANTAR ARTIKEL
No Result
View All Result
Wednesday, December 11, 2019
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
Editor Malaysia
No Result
View All Result

ARAK: MENGAPA MENGGALAKKAN BENCANA ATAS MANUSIA

by Adenan Mohd. Noor
November 18, 2019
in Ulasan, Utama
0
ARAK: MENGAPA MENGGALAKKAN BENCANA ATAS MANUSIA
30
SHARES
338
VIEWS

MUAFAKAT masih tertanya-tanya agama manakah yang menggalakkan penganutnya jadi seorang pemabuk?

2. Pertanyaan ini adalah bagi menjernihkan kekeliruan susulan daripada jawapan yang diberi oleh Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han yang menyatakan Kerajaan Selangor menetapkan tiada larangan untuk mana-mana individu meminum arak di kawasan awam kerana perkara itu selaras dengan ketetapan Undang-undang Kecil Taman (2005).

3. Membuat kajian dan penilaian mengenai “mabuk” ini, tidak sayugia perkara yang membabitkan nyawa disamakan dengan dapatan kajian terhadap ketiadaan lesen memandu.

Maka sudah tentu nisbah kemalangan disebabkan tidak mempunyai lesen memandu dengan mabuk ketika memandu jauh bezanya. Dan tidak kena pada keadaan dan logiknya.

4. Mabuk ini amat jelas telah memberi kesan negatif yang terkena kepada pelbagai keadaan, tempat dan perseorangan. Maksudnya mabuk mendorong kepada banyak malapetaka dan bencana, baik kepada pemabuk itu sendiri atau juga orang lain di sekelilingnya.

5. Kehilangan nyawa disebabkan mabuk itu terbukti hari ini semakin tinggi. Dalam akhbar tempatan sering dipaparkan kes kemalangan di jalanraya, tikam-menikam dalam pergaduhan yang berpunca daripada mabuk, ada juga perbuatan membunuh diri dan sebagainya.

6. Dalam Islam perkara ini jelas;

“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”

(Surah al-Ma’idah: ayat 90). Tidak perlu dihuraikan kerana ia amat jelas.

7. Justeru, MUAFAKAT mendesak supaya pihak berwajib menetapkan satu dasar larangan minum arak secara terbuka di tempat awam atau di khalayak ramai bagi menjamin keharmonian masyarakat majmuk serta memelihara kesucian agama Islam seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan pada Perkara 3(1) dan juga untuk menjaga sensitiviti masyarakat yang pelbagai di Malaysia dan negeri Selangor khususnya yang beragama Islam.

8. Tindakan tegas harus ada beserta dengan peruntukan undang-undang yang keras bukannya seperti yang telah sedia ada yang dilihat terlalu ringan dan tidak bersifat mencegah kerana tindakan penguatkuasaan hanya dikenakan sekiranya wujud perkara yang tidak diingini.

Sedangkan kemudaratan arak ini telah jelas dalam agama serta disahkan kesan negatifnya dari kajian pakar. Ini terbukti melalui laporan berita yang sering dimuatnaik mengenai kes-kes mabuk yang menyebabkan berlakunya kemalangan, pergaduhan, pembunuhan dan sebagainya.

9. Kebimbangan mengenai perkara ini tidak ketara kepada umat Islam, kerana umat Islam telah lama terikat dengan ketetapan dari Kanun Jenayah Syariah yang jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan tindakan undang-undang kepada mana-mana orang Islam yang mabuk minum arak.

Masalah besarnya adalah dari golongan bukan Islam, kerajaan perlu menetapkan satu undang-undang bagi mengawal mereka. Di Amerika ada undang-undang ketat terhadap pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk.

10. MUAFAKAT tidak hanya mendesak diadakan agar diharamkan meminum arak secara terbuka di tempat awam atau di khalayak ramai bahkan mendesak arak itu diharamkan terus daripada dijual di dalam negara. Manakala semua kilang arak dalam negara ditutup buat selama-lamanya.

“ARAK HARAM DI MALAYSIA!”

Haji Rashidi bin Haris

Ketua Media MUAFAKAT

Naib Pengerusi UMMAH

  • Facebook
  • Twitter
  • WhatsApp
  • Telegram
  • Email
Tags: ArakHaji Rashidi bin HarisKerajaan Negeri SelangorMUAFAKATNg Sze Han
Adenan Mohd. Noor

Adenan Mohd. Noor

Related Posts

TERNYATA KERAJAAN PH GAGAL SERLAH NARATIF ‘RAHMATAN LIL ALAMIN’
Bicara Agama

TERNYATA KERAJAAN PH GAGAL SERLAH NARATIF ‘RAHMATAN LIL ALAMIN’

December 5, 2019
TATU BUKAN BUDAYA ORANG MELAYU ISLAM
Ulasan

TATU BUKAN BUDAYA ORANG MELAYU ISLAM

December 3, 2019
NEGARA JADI LONGGOKAN PENGGANAS LTTE DAN KOMUNISME?
Semasa

NEGARA JADI LONGGOKAN PENGGANAS LTTE DAN KOMUNISME?

December 3, 2019
ISLAMOFOBIA MAKIN PARAH DI AUSTRALIA
Ulasan

ISLAMOFOBIA MAKIN PARAH DI AUSTRALIA

November 24, 2019
MERENUNGI JAUH KEMENANGAN PRK TANJUNG PIAI IKTIBAR BUAT MUAFAKAT NASIONAL
Ulasan

MERENUNGI JAUH KEMENANGAN PRK TANJUNG PIAI IKTIBAR BUAT MUAFAKAT NASIONAL

November 20, 2019
TITAH TUANKU SULTAN PERAK PATUT DIAMBIL BERAT OLEH SEMUA PARTI POLITIK BUKAN MENGAPI-APIKANNYA LAGI
Ulasan

TITAH TUANKU SULTAN PERAK PATUT DIAMBIL BERAT OLEH SEMUA PARTI POLITIK BUKAN MENGAPI-APIKANNYA LAGI

November 11, 2019

Discussion about this post

  • Terkini
  • Popular
Terkini
  • BUKAN MUDAH UNTUK PAKATAN HARAPAN BUBARKAN DEWAN RAKYAT
  • SAH ANWAR IBRAHIM TIDAK JADI PM KE-8 PADA 9 MEI...
  • ISU DALAMAN PKR YANG TIDAK BERKESUDAHAN – DR. NOVANDRI
  • YUSOFF RAWTHER DIWAKILI HANIFF KHATRI, PEGUAM YANG SERING DIKAITKAN DENGAN...
  • DAP BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP OMAR FAUDZAR
Popular
  • PERJANJIAN KONTRAK TERHAPUS JIKA MANA-MANA PIHAK ENGKAR
  • RIDHUAN TEE: KUIL HINDU LEBIH BANYAK DARI MASJID
  • MALAYSIA PERLU ADAKAN PILIHAN RAYA UMUM SEMULA 2019
  • VIDEO CLIP INTERVIEW: P. WAYTHA MOORTHY
  • PEGUAM NEGARA BERKOMPLOT DENGAN KUIL MENYINGKIR PEGUAM SYAZLIN

INFO

  • MENGENAI ED
  • HUBUNGI KAMI
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN
  • HANTAR ARTIKEL
  • MENGENAI ED
  • HUBUNGI KAMI
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN
  • HANTAR ARTIKEL

© 2018 Editor Malaysia - Teliti | Kritis | Seimbang.

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN

© 2018 Editor Malaysia - Teliti | Kritis | Seimbang.

Login to your account below

Forgotten Password?

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Send this to a friend