KEMENANGAN BERGAYA MUAFAKAT NASIONAL DI TANJUNG PIAI

126
SHARES
382
VIEWS

Ramai menjangkakan kemenangan calon Barisan Nasional iaitu Dato’ Seri Dr. Wee Jeck Seng, namun tidak ramai menjangkakan beliau akan menang dengan memperoleh majoriti melebihi 15,000 undi.

Ia bukan sahaja lambang kepada keutuhan dan kerjasama Muafakat Nasional yang berada pada aras terbaik sejak dilancarkan, juga sebagai ‘signal‘ jelas kepada Pakatan Harapan, khususnya Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Selain menunjukkan Pakatan Harapan semakin ditolak rakyat walaupun dengan kehadiran jaguh-jaguh dan tokoh -tokoh Pakatan Harapan termasuk barisan menteri dan Perdana Menteri sendiri, ia juga menunjukkan pengundi Cina juga semakin tidak mempercayai mereka.

Dengan meletakkan Wee sebagai calon Barisan Nasional yang dilihat bukan sahaja sebagai strategi  bagi menarik undi kaum Cina yang semakin keliru dengan Pakatan Harapan, tetapi ia juga sebagai strategi terbaik untuk menilai sokongan pengundi Melayu terhadap calon Cina Barisan Nasional.

Tanjung Piai akan menjadi penanda aras jika ada pilihan raya kecil lain selepas ini malah akan menjadi rangka strategi utama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15.

Pakatan Harapan juga sudah tidak boleh lagi menggunakan strategi ‘basi’ mengitar semula isu 1MDB walaupun ia pernah menjadi senjata ampuh Pakatan Harapan.

Strategi lapuk menabur janji juga tidak lagi boleh digunakan kerana janji-janji lama masih tidak tertunai.

Strategi kotor menggunakan pendekatan rasisme melampau dengan menakut-nakutkan pengundi Cina sekiranya Barisan Nasional menang juga dilihat tidak lagi berjaya, setidak-tidaknya bagi pengundi-pengundi Cina di Tanjung Piai.

Bagi Muafakat Nasional pula, mereka perlu kekalkan momentum seperti ini selain memerlukan strategi berkesan dalam mendekati masyarakat, tanpa memerlukan taktik kotor dan fitnah seperti Pakatan Harapan gunakan ketika PRU-14 sebelum ini.

Selain itu keputusan PRK ini juga menjadi titik tolak kepada gerakan mendesak Perdana Menteri berundur dan menyerahkan tampuk pimpinan negara kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim secepat mungkin.

Beliau dilihat semakin tidak berdaya dan kehilangan sentuhan di sebalik kepetahannya menyindir pihak lain untuk menutup kelemahannya sendiri.

Lebih memalukan, Kongres Maruah Melayu yang diterajui oleh Dato Seri’ Hamzah Zainudin untuk mengatasi Muafakat Nasional juga gagal mengembalikan kepercayaan orang Melayu terhadap Tun Mahathir.

Apapun, syabas buat Barisan Nasional dan Muafakat Nasional atas kemenangan bergaya mereka di Tanjung Piai.

Semoga istiqamah dalam kesepakatan bersama demi agama, bangsa dan negara.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Berkaitan

Send this to a friend