DR. MAHATHIR KATA JANGAN UNDI BN, WALAUPUN MARAHKAN KERAJAAN PAKATAN HARAPAN

457
SHARES
2.6k
VIEWS

1. Dr. Mahathir semalam, menyeru kepada pengundi-pengundi Tanjung Piai jangan mengundi parti lain (BN), kerana marah kepada kepimpinan Kerajaan PH dan beliau.

2. Dr. Mahathir kata, dia tidak tahu kenapa rakyat marah kepada PH dan beliau.

3. Nak marah beliau, marahlah. Tetapi pengundi-pengundi Tanjung Piai seharusnya memilih calon PH dan kerajaan yang boleh memberi manafaat, khidmat, mengubal undang-undang, membuat dasar dan membantu rakyat Tanjung Piai.

4. Parti pembangkang tidak boleh buat semua ini.

ULASAN:

5. Agak menghairankan, apabila Dr. Mahathir kata, dia tidak tahu kenapa rakyat marah kepada kerajaan PH dan PM Dr. Mahathir.

6. Senarai kenapa rakyat marah terlalu panjang. Di antaranya;

(i). PH dan Dr. Mahathir bohong rakyat dengan janji-janji palsu.

(ii). Kos sara hidup semakin tinggi. Hapuskan cukai GST, tidak menurunkan harga barang keperluan. Malahan kos semakin tinggi.

(iii). Kerajaan PH memperkenalkan cukai-cukai baru. Cukai soda. Cukai digital. Cukai membeli dalam talian. Macam-macam cukai. Tarif elektrik dan air akan naik.

(iv). Ekonomi merudum. Hilang pekerjaan. Perniagaan bertambah buruk. Tiada income. Hutang negara semakin tinggi. Ringgit jatuh.

(v). Harga komoditi minyak sawit jatuh. Gaduh dengan China. Gaduh dengan India. Boikot sawit.

7. Mana rakyat tidak marah?

8. Kehidupan rakyat negara ini semakin teruk. Membimbangkan. Semakin tidak harmoni.

9. Dr. Mahathir kata, hanya Kerajaan PH yang boleh membantu rakyat. Ini juga satu pembohongan.

10. Semenjak bila, PM Dr. Mahathir dan Menteri-Menteri PH tengok kesusahan dan keluh kesah rakyat?

11. Menteri Kewangan berbangsa Cina asyik sibuk memberi peruntukan kepada sekolah-sekolah Cina. Membantu bangsa sendiri.

12. Payah hendak lihat peneroka, nelayan dan pesawah padi kerana kebanyakan mereka orang-orang Melayu.

13. Hendak bagi bantuan kewangan RM1000 kepada nelayan di Tanjung Piai. Janji semenjak bulan Ramadaan Jun lalu. Sudah 5 bulan, masih belum dapat. Tiba-tiba PRK, baru hendak hulur.

SEDARLAH PENGUNDI-PENGUNDI TANJUNG PIAI:

14. Kita boleh membuat satu perubahan. We can make a difference.

15. Cukup-cukuplah pembohongan PH ini. Kita perlu memberi isyarat yang jelas kepada PM Dr. Mahathir dan Kerajaan Pakatan Harapan.

JOM TOLAK PH. TOLAK KERAJAAN YANG TIDAK BERUPAYA MENTADBIR NEGARA INI DENGAN BAIK.

Salam.

DSBA

Tanjung Piai, Johor

14 November 2019

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts