UMMAH DESAK KDN SELONGKAR KOMIK PROPAGANDA KOMUNIS HABIS-HABISAN

533
SHARES
2.2k
VIEWS

Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) berasa amat terkejut apabila semalam Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menghadiri Hari Keluarga KDN telah membuat kenyataan sidang media bahawa pihak kerajaan hanya berjaya merampas lebih 2,000 naskhah komik “Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama”, namun jumlah yang tepat tidak dapat dipastikan.

2. Dari kenyataan Tan Sri itu timbul persoalan; apakah yang Tan Sri maksudkan dengan “tidak pasti” itu adalah tentang jumlah 2,000 naskhah lebih yang dirampas ataupun tentang jumlah sebenar naskhah yang telah diterbitkan dan telah diedarkan?

3. Lumrahnya dalam hal yang berkaitan dengan percetakan atau terbitan buku ini, jumlah paling minima dicetak ialah 1,000 dan paling maksima tiada had bilangannya. Dan dalam isu penyebaran ke semua sekolah di seluruh negara, tidak munasabah syarikat penerbit hanya mencetak 2-3 ribu sahaja, sudah tentu bilangannya boleh mencecah sehingga 100,000 ke 300,000 dan tidak mustahil jika jumlahnya mencapai sehingga 1 juta naskah.

4. Jumlah cetakan melebihi sejuta bukanlah suatu perkara mustahil memandangkan bilangan sekolah rendah kebangsaan yang ada di negeri Selangor sahaja berjumlah 661, manakala bilangan pelajarnya seramai 528,503 belum lagi termasuk sekolah swasta Cina dan juga Tamil. Dan itu baru statistik bagi Negeri Selangor sahaja.

5. UMMAH difahamkan komik propaganda komunis ini bukan hanya dicetak dalam bahasa Mandarin tetapi juga telah diterjemahkan ke bahasa Tamil dan Bahasa Melayu. UMMAH tertanya-tanya berapakah jumlah sebenar yang dicetak dalam bahasa Mandarin sebab sudah tentu sasaran utama kumpulan subversif ini ialah pelajar sekolah rendah berbangsa Cina?

6. Justeru, UMMAH mendesak pihak KDN supaya memperhebatkan lagi operasi menyelongkar komik propaganda komunis ini bukan hanya di seluruh premis sekolah tetapi juga terus ke tempat komik ini dicetak dan diedar.

7. Bagi UMMAH isu ini suatu perkara yang amat serius kerana ia adalah perbuatan subversif menyebar propaganda ideologi fahaman komunis yang boleh mengubah dan mencetus minda pemikiran baru yang radikal dan merbahaya terhadap sejarah tanahair dan juga mengancam kedaulatan negara.

8. Komik propaganda komunis ini terang-terangan mengubah fakta sejarah sebenar dan digantikan dengan sejarah yang bersumberkan cerita palsu. Kandungannya cuba mengangkat perjuangan komunis yang telah membunuh ribuan nyawa rakyat Malaysia menjadi wira negara, manakala pejuang kemerdekaan dilabel sebagai pengkhianat dan parasit yang merosakkan negara.

9. Bagi UMMAH, komik propaganda komunis ini sangat merbahaya, ianya sebagai senjata halus yang boleh menjuruskan minda masyarakat majmuk kepada kacau-bilau, setiap kaum saling berdendam dan membenci satu sama lain yang akhirnya akan berlaku pertumpahan darah dalam negara. Propaganda ini amat tidak sihat.

10. Akhir sekali, UMMAH mendesak pihak KDN bersikap amat tegas dengan terus-menerus menyelongkar semua pihak yang terbabit dalam penerbitan buku propaganda komunis ini. Rakyat Malaysia cintakan keamanan dan menjunjung sistem Raja Berperlembagaan bukannya mahukan negara berfahaman Komunis-Sosialis bawaan pendatang yang tidak tahu berterima kasih kepada penduduk asal negara ini yang telah sanggup menerima mereka.

Haji Rashidi bin Haris

Naib Pengerusi UMMAH

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts