PRK TANJUNG PIAI ADALAH SATU REFERENDUM KECIL UNTUK PPBM DAN DR. MAHATHIR

464
SHARES
2.6k
VIEWS

1. Pilihan Raya Kecil di Tanjung Piai kini kelihatan bagaikan satu ‘Referendum Kecil’ untuk melihat sejauh mana populariti Dr. Mahathir dan parti Bersatu di mata dan hati rakyat.

2. Dr. Mahathir dan BERSATU perlu menang di Tanjung Piai bagi membuktikan mereka masih lagi satu kuasa politik, yang relevan di negara ini.

3. Tanjung Piai juga akan menjadi satu Referendum Rakyat, di mana rakyat akan menyuarakan pandangan serta keinginan mereka di peti-peti undi setelah melihat Pakatan Harapan memerintah negara ini selama 1 tahun 7 bulan.

AGAK MENARIK UNTUK MELIHAT:

4. Bagaimana penerimaan pengundi Cina di Tanjung Piai terhadap calon BN dari MCA, yang dulu pernah kalah hanya dalam 500 undi sahaja.

5. Di Pilihan Raya Kecil Semenyih, Selangor terdapat tanda-tanda pengundi Cina sudah kembali kepada  BN sedikit.

6. Ini satu keadaan yang amat merbahaya, untuk parti Bersatu.

7. Tambahan pula kali ini, sokongan parti DAP terhadap calon Bersatu di Tanjung Piai dilihat semakin tipis dari sehari ke sehari.

8. Isu penahanan 2 ADUN DAP kes LTTE, isu pengharaman komik pro-komunis, isu tulisan khat dan lain-lain isu yang berkaitan, menghantui sokongan DAP kepada BERSATU.

TUNGGU KEPUTUSAN MENARIK PRK TANJUNG PIAI:

Tanjung Piai akan menjanjikan pelbagai perkara-perkara yang menarik.

KITA TUNGGU.

Salam.

DSBA

3 November 2019

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts