ANALISA SURVEY AWAL PRK TANJUNG PIAI

662
SHARES
3.7k
VIEWS

Satu badan bebas telah membuat analisa survey (pungutan suara) pengundi-pengundi di PRK Tanjung Piai.

Walaupun jumlah yang ditanya kecil sekitar 1500 orang tetapi ia kelihatan boleh memberi indikasi awal ke atas kecenderungan pengundi-pengundi.

KOMPOSISI KAUM:

Melayu: 57%

Cina: 42%

India: 1%

PENDIRIAN PENGUNDI UNTUK MEMILIH PARTI PADA PRK TANJUNG PIAI?

Telah Membuat Keputusan:

Melayu: 63%

Cina: 36%

India: 1%

AKAN BUAT KEPUTUSAN PADA HARI MENGUNDI:

13%

AKAN BUAT KEPUTUSAN SEMINGGU SEBELUM PENGUNDIAN:

5%

AKAN BUAT KEPUTUSAN SELEPAS PENAMAAN CALON:

12%

BERMAKNA:

1. Analisa ini menunjukkan bahawa terdapat lebih kurang 63 peratus pengundi Melayu telah membuat keputusan sama ada mahu mengundi calon PH, calon BN atau calon lain (bebas dan lain-lain).

2. Bermakna, hanya tinggal 37 peratus pengundi Melayu yang belum membuat keputusan. Ini pengundi atas pagar.

3. Manakala, pengundi Cina 36 peratus sudah membuat keputusan untuk mengundi calon yang mana. Bermakna masih ada 64 peratus pengundi Cina berada di atas pagar dan belum buat sebarang keputusan.

4. Seperkara lagi yang tidak kurang juga pentingnya, 12 peratus pengundi akan membuat keputusan selepas penamaan calon.

Ini bermakna, pengundi ingin tahu siapa calon dari PH dan siapa dari BN sebelum membuat keputusan?

Ini juga bermakna, faktor calon penting bagi pengundi.

STATUS PENGUNDI LUAR:

5. Seramai 23 peratus responden, menyatakan ada ahli keluarga mereka duduk di luar kawasan Tanjung Piai. Mereka pengundi luar. Tetapi mereka masih berada di dalam kawasan negeri Johor.

6. Manakala, mereka menyatakan terdapat 10 peratus ahli keluarga mereka menetap di Singapura.

7. Ini jelas menunjukkan, jumlah peratus pengundi Tanjung Piai yang duduk di luar kawasan adalah agak tinggi berbanding dengan kawasan lain.

KESIMPULANNYA:

Analisa awal ini tidak dapat menjawab soalan siapa akan menang di Tanjung Piai tetapi ia boleh dijadikan indikator kecenderungan pengundi-pengundi di Tanjung Piai.

UNDI POPULAR PADA PRU KE 14 :

PAKATAN HARAPAN: 46.3%

BARISAN NASIONAL: 45.2%

PAS: 6.5%

BN dan PAS = 51.7%

INDIKATOR AWAL JUGA MEMPERLIHATKAN JUMLAH PERATUS PENGUNDI YANG AKAN KELUAR MENGUNDI:

Akan jatuh dengan drastiknya.

ANGGARAN PERATUS KELUAR MENGUNDI:

Sekitar 60% ke 70% sahaja.

Indikator awal, sekiranya peratus keluar mengundi jatuh sekitar 60 – 70%, ini akan mencerahkan peluang Barisan Nasional di Tanjung Piai.

Salam.

DSBA

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts