APABILA AMANAH DISIA-SIAKAN MAKA TUNGGU SAAT KEHANCURANNYA

659
SHARES
3.8k
VIEWS

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ سِنَانٍ حَدَّثَنَا فُلَيْحُ بْنُ سُلَيْمَانَ حَدَّثَنَا هِلَالُ بْنُ عَلِيٍّ عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَسَارٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا ضُيِّعَتْ الْأَمَانَةُ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ قَالَ كَيْفَ إِضَاعَتُهَا يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ إِذَا أُسْنِدَ الْأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ

Maksudnya: “Telah menceritakan kepada kami [Muhammad ibnu Sinan] telah menceritakan kepada kami [Fulaīh ibnu Sulaiman] telah menceritakan kepada kami [Hilal ibn Ali] dari [‘Atho’ ibn Yāsar] dari [Abu Hurairāh] Radhiyallahu’Anhu mengatakan; Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Jika amanat telah disia-siakan, tunggu saja kehancuran terjadi.” Ada seorang Sahabat bertanya; “Bagaimana maksud amanat disia-siakan?” Nabi menjawab; “Jika urusan diserahkan bukan kepada ahlinya, maka tunggulah kehancuran itu.”
(Hadith sahih al-Bukhari no.6015)

Bukti ada pesanan Rasulullah SAW mengenai perkara ini sebagaimana hadis di atas ini, tauladannya kita boleh lihat dengan mata kepala kita hari ini akan apa yang telah terjadi terhadap beberapa bangsa umat Islam, realitinya seperti apa berlaku terhadap orang Palestin.

Jika 90 tahun dahulu, tiada siapa akan pernah menyangka tanah yang mereka jual sedikit demi sedikit kepada “pendatang” orang Yahudi yang ketika itu bertujuan untuk kesinambungan hayat dan keselesaan hidup rupa-rupanya hari ini orang Palestin telah hilang segalanya.

Kalau dahulu mereka hebat tetapi hari ini mereka sudah kehilangan hak, kuasa, tanah, hidup dan masa depan mereka di tanah tumpah nenek moyang mereka yang kini segalanya terlepas ke tangan pendatang Yahudi yang dahulu pendatang yang datang beramai-ramai ke Palestin mencari kehidupan dengan sehelai sepinggang.

Begitu juga kita boleh lihat dengan mata kepala kita hari akan apa yang sedang berlaku terhadap orang Islam Kashmir, kalau 70 tahun dahulu, mereka langsung tidak pernah menyangka tangan-tangan mereka ketika diberi pilihan, mereka memilih untuk bersama negara Hindu penyembah berhala, negara India semasa berpisah dengan negara Islam Pakistan dulu, ketika itu mereka merasakan mereka lebih selamat di bawah kerajaan India daripada kerajaan Islam Pakistan.

Realitinya pada hari ini sebagaimana pesan Rasulullah SAW seribu tahun yang lalu, kini mereka sedang dizalimi dan dikhianati oleh kerajaan Hindu India yang mereka sangka akan melindungi mereka, sebaliknya hari terang-terangan telah bersikap zalim dengan tidak memberi hak kebebasan yang mereka harapkan. Berita hari ini melaporkan genosid sedang berlaku apabila tentera India masuk menceroboh lalu membunuh, merogol, dan menghalau serta merampas segala harta dan tanah umat Islam, kini tiada lagi masa depan bagi umat Islam Kashmir.

Kalau di bahagian nusantara ini, kita boleh ambil iktibar daripada sejarah hitam yang berlaku terhadap orang Melayu Champa. Kita boleh baca sejarah bagaimana 300 tahun dahulu sikap lembut dan pemurah orang Melayu Champa terhadap pendatang akhirnya memakan diri sendiri. Sikap terlalu percaya yang orang Cina Viet yang sering keluar masuk berniaga di negeri Champa. Semua hal masalah negara orang Melayu Champa minta tolong orang Cina Viet.

Akhirnya hilang negara Champa, seluruh kerajaan dan tanahair orang Melayu Champa jatuh ke tangan orang Viet dan akhirnya negara Champa jadi negara Vietnam. Dan penyudahnya orang Melayu Champa lari ke Kampuchea menjadi pelarian dan merempat sehingga ke hari ini.

Tidak cukup dengan tauladan dan ibarat setakat itu, kita juga boleh lihat bagaimana negara kerajaan Islam yang besar lagi kuat iaitu sejarah bagi orang Turkistan, siapa sangka rakyat Cina dari negara China yang datang sedikit demi sedikit, akhirnya menghuru-harakan dan mengadu domba serta berjaya membunuh Raja orang Turkistan, sehingga lenyap negara Turkistan dan hari ini orang Islam Uighur pula dizalimi kerana sudah tiada lagi kerajaan Islam Turkistan untuk melindungi orang Islam dari bangsa Uighur.

Ini hanya sebahagian contoh yang telah menjadi sejarah yang menunjukkan Islam suatu masa dahulu menguasai setiap penjuru di setiap pelusuk dunia. Tetapi kini telah lenyap dan hilang, satu demi satu… dan tauladannya dihidangkan, namun ramai tidak ambil peduli atau sengaja membutakan mata.

Kononnya itu zaman dulu, sekarang sudah moden kita tidak boleh buat seperti dahulu. Kita kena ada keterbukaan dan memberi kebebasan hak kemanusiaan. Persoalannya; apakah Islam tidak menjamin semua itu?

Masa aman dan berkuasa, kita ada negara, kita lalai dan cuai dan mudah tunduk kepada tekanan yang sedikit, semata-mata tuntutan itu berkaitan dengan perkara hak asasi, maka kita turuti tanpa melihat kesan dan akibat dari sudut jangka masa panjang.

Kita tidak fikir sedalam-dalamnya, kerana perasaan kecintaan terhadap harta warisan ini sudah semakin kendur dan sudah tiada keterujaan kasih sayang dan hilang matlamat untuk menjaganya dengan sebaik-baiknya.

Kita berebut kuasa… berebut projek… berebut jawatan. Bagi yang cetek ilmu, itulah kehidupan, punya kuasa, senang mendapat projek, dan senang pula melalui kekayaan membuat projek berjuta lalu dapat membeli hati manusia untuk mendapat jawatan dan pangkat serta gelaran.

Untuk mencapai kejayaan itu, kita mulai tuduh-menuduh dan tikam-menikam sesama sendiri. Hatta sekalipun dalam parti yang sama. Begitulah keadaannya apabila hati dipenuhi dengan sifat tamak haloba. Semakin hari, kita semakin jauh dari jalan mendekati Allah SWT, semakin hari kita semakin mendekati sifat-sifat kebinatangan dan paling teruk kita sama sahaja dengan sifat kesyaitanan.

Ada Quran tapi kita baca hanya ketika kenduri arwah dan hantar ibu bapa pergi Mekah sahaja. Itupun baca beberapa surah. Maknanyapun tidak pernah peduli. Apabila sudah hilang kuasa, kita duduk goyang kaki, tunggu orang lain tolong dapatkannya semula? Semua kita tuduh ahli politik punya angkara. Memang kerja ahli politik sekarang jual diri hendakkan jawatan. Tapi semasa mengundi, kenapa tidak kaji, tidak baca nasihat ulama, nasihat Nabi, arahan Allah.. Kenapa?

Biasa dengar pesanan dalam ISLAM; “….kalau serah urusan (amanah) bukan kepada ahlinya tunggulah saat kehancurannya”. Rasanya semua pernah mendengar pesanan tersebut. Bohong atau jahil tahap ‘gaban’lah kalau tidak pernah dengar. Sekarang kita sudah hilang kuasa.

Lama kelamaan hilang segala hak di tanah sendiri. Kita hilang sejarah ini bumi nenek moyang kita. Kita lebih banyak dengar orang beri alasan “bukan senang si kafir nak ambik tanah air ini.” Dulu ramai juga kata DAP kalau menangpun bukan boleh berkuasa. Tapi hari ini baru menang 42 kerusi sudah keras kepalanya dan jadi abang besar sampaikan MB dan PM pun dilanggarnya.

Ada jenayah rasuah, komisyen, lepas semua kes mahkamah. Yang bunuh bomba kes ke laut. Tidak lama lagi yang merogol pula terlepas. Yang bunuh Danial tepi jalan macam binatang itupun belum tentu kes bagaimana. Tidak lama lagi jenayah jadi halal di pihak yang pegang kuasa sekiranya begitu? Kita pulak hendak tunggu malang sampai di halaman rumah baru kita ‘terkejut macam beruk’… Adakah ketika itu baru mahu sedar?

Orang Melayu, sejarahnya selalu diperdayakan musuh. Perihal yang ini mestilah berakhir di episod ini. Semua orang Melayu mesti bangun kali ini. Jangan lagi serah tugas kuasa kepada orang lain. Tetapi tugas kuasa adalah tugas orang jantan. Yang duduk diam itu semuanya pengecut bukan berdarah Melayu sejati. Mereka Melayu celup… Mereka adalah Melayu barua dan Melayu bangsat… Mereka pengecut lagi penakut!!

Ayuh orang Melayu bangkit! Jangan lagi mudah terpedaya, dan dibiarkan maruah kamu dihina hingga terlalu mudah termakan dengan dedak.

Melayu harus bangkit, jangan tunggu esok atau sebentar lagi… mula dari sekarang, dari saat ini iaitu dengan membeli hanya produk barangan MUSLIM sahaja.

Kita bangkit bersama-sama dengan langkah yang kecil ini, dan hari ini adalah masanya!

Suntingan oleh Lebai Kampung

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts