MENJADI RASIS YANG BERTANGGUNGJAWAB – BUZZE AZAM

452
SHARES
2.5k
VIEWS

1. Sebelum saya mengulas lanjut, saya ingin membuat beberapa pengakuan terlebih dahulu.

2. Jam 11.46 pagi tadi, saya memuatnaik status terkejut dengan keputusan Mahkamah membebaskan seorang pemandu yang melanggar mati 8 remaja di Johor Bahru.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2795359493828965&id=529953190369618

3. Selepas saya memuatnaik status berkenaan, saya membuat kajian dan siasatan saya sendiri tentang apa yang berlaku di Mahkamah.

4. Kemudian, saya membaca laporan Malaysiakini yang memetik kenyataan Syahredzan Johan ini.
https://m.malaysiakini.com/news/497649

5. Untuk rekod, saya memang benci tengok muka Syahredzan ni. Tetapi saya tidak boleh elak untuk menyatakan bahawa nasihat beliau dalam posting berkenaan adalah betul dan wajar (walaupun saya benci tengok muka ‘poyo’ dia ini).

6. Namun walaupun rasis, saya dilatih untuk berkata yang benar walaupun pahit. Kerana ini bukan isu yang harus kita pandang dari sudut rasisme dan pemandu yang terlibat melanggar ini boleh terdiri dari apa jua kaum, hanya ditakdirkan beliau adalah Cina untuk menguji reaksi kita.

7. Sebagai seorang yang memperjuangkan konsep #RasisBerperlembagaan, saya bertanggungjawab untuk membimbing pengikut saya sekaliannya agar menjadi rasis dalam kerangka undang-undang dan Perlembagaan, bukan rasis “mem’beliau’ buta”.

8. Dalam kes kemalangan ini, dukacita dimaklumkan, mengikut undang-undang saya terpaksa bersetuju dengan keputusan Majistret membebaskan pemandu ini.

9. Ini kerana, beliau dituduh memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian. Tetapi langsung tiada keterangan di peringkat pendakwaan yang menunjukkan beliau telah memandu secara melulu, cuai atau bawah pengaruh alkohol yang menyebabkan kemalangan tersebut.

10. Jika dibuktikan pemandu itu CUAI atau memandu dalam pengaruh dadah atau alkohol, maka saya pasti keputusan Mahkamah akan berbeza, dan malangnya unsur-unsur ini gagal dibuktikan pihak pendakwaan.

11. Dalam keadaan ini, kita kena menerima hakikat dan fakta bahawa kesemua mangsa ini sendiri telah melakukan kesalahan berbasikal di jalan raya dalam keadaan yang boleh membahayakan diri sendiri.

12. Ia ibarat melintas jalan raya tanpa menggunakan jejantas atau lintasan zebra yang disediakan, maka jika berlaku kemalangan, mangsa tidak boleh menyalahkan pemandu yang melanggarnya, tidak kira apa jua bangsa pemandu itu.

13. Maka, kalau pun ada relief undang-undang untuk mereka, maka keluarga mereka boleh menyaman pemilik konsesi lebuh raya kerana gagal memasang pagar atau tembok yang boleh menghalang pencerobohan mereka ke lebuh raya berkenaan.

14. Itu saja nampaknya relief undang-undang untuk mereka yang boleh saya fikirkan buat masa ini.

15. Selain dari itu, ia memberikan pengajaran kepada kita untuk menjaga ahli keluarga masing-masing dari melakukan tindakan yang boleh membahayakan diri sendiri sehingga menyebabkan kehilangan nyawa.

16. Menjadi #RasisBeperlembagaan seperti saya, hadirnya bersama tanggungjawab.

Kita bukan rasis membuta tuli.

17. Kalau yang silap di sisi undang-undang itu kita, jangan sekali-kali kita nafikan kesilapan itu.

18. Tetapi kalau kita berhak di sisi undang-undang, dan hak kita dinafikan atau dirampas oleh orang lain, kita akan perjuangkan sehingga ke titisan air liur terakhir kita.

Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz

0129770412

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts