KENAPA BARU KINI PEGUAM BUZZE AZAM SAMAN SEKOLAH VERNAKULAR?

579
SHARES
2.8k
VIEWS

Soalan:

Kenapa sekarang baru nak saman berkaitan Sekolah Vernakular ini? Kenapa tidak dari dahulu lagi?

Jawapan:

Kalau sekadar memfailkan saman, ia kerja senang sahaja kerana saya sendiri adalah peguam.

Tetapi tanpa sokongan ramai, saya tidak mampu melakukannya kerana isu Perlembagaan ini adalah isu melibatkan kepentingan kita bersama.

Pada 4 November 2008 dahulu, saya pernah mengepalai Gerakan Graduan Melayu Muda (GGMM) menyaman Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana memperkenalkan dasar menggunakan papan tanda jalan pelbagai bahasa dan saya menyaman kerana dasar berkenaan adalah bertentangan dengan Perkara 152 Perlembagaan.

https://m.malaysiakini.com/news/92441?fbclid=IwAR3_B-tzxyW1w_8KJpQVGeV64Dzx5K0aEfURbwaonUprwxtoSWVgcmRgmlU

Namun pada 15 Januari 2009, saya dengan berat hati terpaksa menarik balik saman berkenaan kerana saya tidak mampu lagi menanggung kos untuk meneruskan tindakan saman tersebut.

https://m.malaysiakini.com/news/96466

Sokongan moral dan semangat penting tetapi sokongan dana ramai juga penting kerana tidak semua kos ini boleh diperolehi secara percuma.

Walaupun saya menarik balik saman berkenaan pada 2009, saya berazam untuk memperbaiki semua kelemahan gerakan ini dan membina semula kekuatan untuk kembali menyaman kerajaan atas pelanggaran isu-isu Perlembagaan ini.

Dalam tempoh 10 tahun ini, saya membina seluruh kekuatan sehinggalah kini dengan kekuatan baru yang saya ada ketika ini, saya memfailkan pula saman terhadap Sekolah Vernakular.

Saya jauh lebih bersedia berbanding 10 tahun lalu.

Saya tidak pernah berhenti merancang, membina kekuatan dan bertindak bila masanya tiba.

Ada 7 saman bakal saya failkan dalam tempoh 3 tahun ini.

Bring it on!

“Apa hang ada? bawak datang sekarang!” 

#RasisBeperlembagaan

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts