TINDAKAN 6 AHLI PARLIMEN UMNO BOLEH KELIRUKAN PENGUNDI – SHAHRIR SAMAD

782
SHARES
4.3k
VIEWS

Saya minta maaf kerana saya terpaksa menegur rakan-rakan Ahli Parlimen kita yang sokong Tun Dr Mahathir untuk terus kekal sehingga hujung penggal ini.

Pertamanya, impaknya kepada PRK Tanjung Piai. Pengundi Melayu yang menjadi sasaran UMNO dan PPBM 57 peratus jumlah pengundi. Kalau nak menang, calon BN kena dapatkan 80 peratus undi Melayu.

Bagi saya, pendirian 6 Ahli Parlimen UMNO itu pada ketika ini akan mengelirukan pengundi-pengundi Melayu yang berada di atas pagar.

Apakah bezanya di antara UMNO dan PPBM sekarang ini? Kedua-dua partipun sokong Tun Mahathir sebagai PM. Hanya UMNO yang tidak mahu Anwar sebagai PM, tapi adakah ini isu dalam PRK?

Pendirian Ahli-ahli Parlimen PAS ialah pendirian parti itu. Yang 6 Ahli Parlimen kita sudah bersikap mendahului parti.

Pada saya yang hanya seorang ketua parti dan bukan seorang wakil rakyat, tentulah saya rasa 6 Ahli Parlimen kita itu sudah bersikap “aku YB ke kau YB”.

Dalam keadaan rakyat marah kerana tertekan dengan kegagalan dan kelemahan kerajaan PH, adakah sokongan kepada Tun Mahathir mampu menyelesaikan masalah rakyat dan negara?

Begitu naif Ahli Parlimen kita!

Maaf banyak-banyak. Marah kerana memikirkan PRK Tanjung Piai.

Tan Sri Shahrir Samad

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts