TINDAKAN BIADAP MAHASISWA UNIVERSITI MALAYA DI MAJLIS KONVOKESYEN: ANTARA KEBEBASAN BERSUARA DAN REALITI

429
SHARES
2.5k
VIEWS

Presiden Majlis Profesor Negara, Dr. Raduan kata, Senat UM mempunyai kuasa mutlak untuk meluluskan atau tidak menganugerahkan ijazah kepada penuntutnya.

Setiap penuntut mempunyai hak. Tetapi universiti juga mempunyai hak dalam soal penganugerahan ijazah.

WONG YAN KE (MAHASISWA YANG PROTES) KATA:

(i). Pihaknya masih menunggu Naib Canselor UM (NC), memanggil beliau untuk berdamai.

(ii). Jelas beliau, ini bukan isu perkauman.

(iii). Beliau kata, dia tidak akan meminta maaf kepada NC Datuk Abdul Rahim melainkan Abdul Rahim meminta maaf dahulu atas kenyataan yang berbau perkauman sebelum ini (di Kongres Maruah Melayu).

LIM KIT SIANG (PENASIHAT PARTI DAP) KATA:

NC Dr. Abdul Rahim digesa menarik balik laporan polis terhadap Yan Ke.

Dan berhenti menyasarkan aktiviti pelajar yang melakukan protes.

SYED SADDIQ (MENTERI BELIA & SUKAN) KATA:

Dia tidak setuju dengan desakan agar ijazah Yan Ke ditarik balik oleh Universiti Malaya.

Syed Saddiq menegaskan bahawa setiap orang bebas untuk bersuara dan perkara itulah yang diperjuangkannya selama ini.

Syed Saddiq kata, kita boleh kritik dan kecam tindakan mahasiswa tersebut, tanpa merampas Ijazah yang diusahakan selama 4 tahun.

ULASAN:

Ada 2 perkara yang dilakukan oleh mahasiswa yang bernama Yan Ke iaitu;

1. KEBEBASAN BERSUARA:

Yan Ke menjelaskan bahawa tindakan beliau adalah meraikan kebebasan bersuara oleh seorang mahasiswa di dalam universiti.

Protes terhadap Naib Canselor.

2. KELAKUAN BIADAP DI ATAS PENTAS KONVOKESYEN:

Yan Ke, walaupun meraikan kebebasan bersuara (protes dengan plakad), tetapi kelakuan tersebut dilakukan di atas pentas ketika berlangsungnya konvokesyen.

Insiden tersebut bukannya berlaku di satu protes rally aman di dalam kampus.

Ia boleh dianggap sebagai satu tindakan untuk memalukan Naib Canselor dan pihak universiti.

OKAY SYED SADDIQ.

MARI KITA RAIKAN KEBEBASAN BERSUARA:

Adakah kebebasan bersuara membenarkan kita, mahasiswa dan belia – Sekiranya tidak bersetuju dengan Dasar Kerajaan Malaysia Baru –

Melakukan demo di hadapan bangunan Parlimen dan membakar bendera negara Malaysia?

Serta memegang plakad:

INI NEGARA MALAYSIA – PENDUDUK ASAL MALAYSIA – ORANG MELAYU.

Boleh kita raikan kebebasan bersuara di Malaysia dengan seluas-luasnya.

KEDUA:

Sekiranya para belia tidak setuju dengan dasar-dasar Menteri Belia dan Sukan,

Boleh belia-belia di satu majlis KBS, bawa gambar Syed Saddiq bersama gambar bapa dan ibu menteri dan bakar gambar-gambar tersebut tanda protes?

BOLEH SYED SADDIQ?

Kita raikan kebebasan bersuara di negara ini.

Jangan ambil tindakan, walaupun kelakuan ini biadap.

Bukankah kebebasan ini yang diperjuangkan oleh Syed Saddiq selama ini?

KERAJAAN PH DAH NAMPAK MACAM KERAJAAN SEPENGGAL SAHAJA.

KESIAN TENGOK.

Salam.

DSBA

18 Oktober 2019

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts