ISU PELAJAR BIADAP DI MAJLIS KONVOKESYEN UNIVERSITI MALAYA

579
SHARES
3.4k
VIEWS

1. Pihak Universiti Malaya telah mengeluarkan Kenyataan Media mengenai isu ini. UM telah menolak sekeras-kerasnya tindakan biadap ini, yang jelas mencemar nama baik Universiti Malaya.

2. Graduan berbangsa Cina tersebut telah dikenalpasti merupakan salah seorang pemimpin pelajar di Universiti Malaya.

3. UM juga menyatakan bahawa UM mendukung kebebasan bersuara. Tetapi dalam waktu yang sama, UM bertanggungjawab mendidik graduannya agar menghormati prinsip Kesopanan dan Kesusilaan.

4. Graduan tersebut telah memegang satu placard di atas pentas graduation dengan perkataan:

TOLAK RASIS.

UNDUR VC. 

Sambil melaungkan kata-kata:

INI TANAH MALAYSIA.

5. Manakala di luar Dewan Graduation, Graduan ini memegang placard tertulis:

WHY VC MUST RESIGN:

1. Being A Political Puppet.
2. Infringing Academic Freedom.
3. Promoting Racism & Hatred.
4. Failing To Protect Student’s Constitutional Rights.
5. Failing To Solve UM’s Financial Crisis.

TINDAKAN UNIVERSITI MALAYA;

6. UM telah membuat laporan polis terhadap insiden ini dan menyerahkan pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan selanjutnya.

ULASAN:

7. Agak mengecewakan apabila tindakan Universiti Malaya hanya dengan membuat laporan polis dan menyerahkan pihak berkuasa menjalankan siasatan dan tindakan selanjutnya.

PERSOALANNYA:

8. Adakah tindakan biadap pelajar ini, merupakan Satu Perbuatan Jenayah, yang memerlukan polis membuka kes siasatan.

9. RASANYA TIDAK.

10. Adakah Universiti Malaya merasakan, TIDAK MENGHORMATI PRINSIP KESOPANAN DAN KESUSILAAN, merupakan satu perbuatan jenayah.

11. Rasanya, Mind-Set dan Tindakan Pengurusan UM tersasar jauh dari realiti sebenarnya.

12. Berkemungkinan besar, pelajar ini melakukan perkara tersebut pada Majlis Graduation kerana:

(i). Peperiksaan telah berakhir. Ijazah sudah diperolehi.

(ii). Kesempatan terbaik untuk mendapatkan Publicity Besar-Besaran, bagi mengembangkan ideologi beliau.

(iii). Kesempatan terbaik untuk memalukan Naib Canselor dan Universiti Malaya, yang sentiasa pelajar tersebut merasakan – Musuh beliau.

(iv). Pelajar ini merasakan, UM sudah tiada grounds, untuk mengambil tindakan kerana dia sudah graduate dan akan meninggalkan UM.

UNIVERSITI MALAYA SEPATUTNYA MENGAMBIL TINDAKAN SEPERTI BERIKUT:

13. Setelah mengenalpasti siapa pelajar ini, satu surat tunjuk sebab perlu dikeluarkan kepada pelajar tersebut.

14. Pelajar ini perlu dipanggil untuk membela diri di hadapan Satu Tribunal Disiplin Universiti.

15. Tribunal ini perlu dianggotai oleh beberapa ahli dari Pengurusan Tertinggi UM dan pemimpin-pemimpin pelajar yang dikenalpasti berkecuali dalam isu tersebut.

16. Tindakan yang seharusnya diambil oleh Universiti Malaya diantaranya:

*SEKIRANYA DIDAPATI BERSALAH:
(i) Denda : RM ?
(ii) Ijazah (scroll) dipegang oleh pihak Universiti Malaya sehingga pelajar ini memohon maaf atas kelakuan biadap beliau.
(iii) Gugur hak dan keistimewaan sebagai Alumni Universiti Malaya.

DAN SEUMPAMANYA.

ATAU NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYA BOLEH MENGELUARKAN KENYATAAN:

WALAUPUN PIHAK UNIVERSITI MEMBANTAH KERAS KELAKUAN BIADAP INI OLEH PELAJAR DI MAJLIS KONVOKESYEN UNIVERSITI,

NAMUN BEGITU, PIHAK UNIVERSITI MENGHARGAI BAHAWA SETIAP MAHASISWA DAN GRADUAN MEMPUNYAI KEBEBASAN (FREEDOM) BERSUARA DALAM APA SAHAJA ISU.

Selesai.

Isu ditutup.

KITA RAIKAN KEBEBASAN BERSUARA.

Salam,

DSBA

15 Oktober 2019

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts