UCAPAN DR. MAHATHIR DI KONGRES MARUAH MELAYU

452
SHARES
2.6k
VIEWS

1. Dr. Mahathir di dalam ucapannya, menyatakan bahawa BANGSA MELAYU, perlu bersatu, dan jangan berpecah-belah. Sekiranya berpecah belah, orang Melayu akan rugi. Negara ini nanti tidak lagi akan diperintah oleh orang Melayu.

2. Dr. Mahathir juga mengingatkan bahawa orang-orang Melayu tidak mahu mengambil peluang pekerjaan yang ada kerana kerja-kerja tersebut berat, merbahaya dan kotor. Akhirnya, bangsa-bangsa yang mengambil peluang pekerjaan tersebut, berjaya.

3. Dr. Mahathir kata, beliau sedih melihat bangunan-bangunan pencakar langit, tiada pekerja Melayu.

4. Dr. Mahathir juga kata, kini kerajaan payah untuk tolong bangsa Melayu kerana orang Melayu berpecah-belah.

5. Walau bagaimanapun, sebagai Perdana Menteri, adalah tanggung-jawab beliau untuk membantu orang-orang Melayu.

6. Dr. Mahathir juga merayu agar orang Melayu lebih cenderung menyertai perniagaan daripada makan gaji sebagai pegawai kerajaan dan mengharapkan pencen di hari tua.

7. Dasar Ekonomi Baru, diperkenalkan untuk mengurangkan jurang kekayaan antara kaum tetapi DEB gagal.

8. Sekiranya kita hendak pulihkan maruah Melayu, maruah kita boleh ditingkatkan dengan usaha kita sendiri.

9. Maruah Melayu kita sudah tenggelam dan jatuh. Kerajaan dengan sendirinya tidak boleh pulih maruah orang Melayu. Hanya orang Melayu sendiri dengan menggunakan kerajaan yang sedia ada, untuk memulihkan semula maruah Melayu.

10. Dr. Mahathir juga berkata, kita dapat RM500 (BR1M) setahun, kita sudah rasa bangga. Kita sepatutnya berusaha untuk mendapat upah (bermakna: nothing is for free).

11. Dr. Mahathir kata, di supermarket dan restoran dipenuhi dengan pekerja dari Filipina dan Bangladesh. Ini bukan kerja bahaya, orang Melayu boleh buat kerja-kerja ini.

12. Dr. Mahathir menyeru agar kongres ini, jangan dijadikan satu acara untuk meminta sesuatu daripada kerajaan.

13. Sebaliknya, orang-orang Melayu boleh memulihkan maruah Melayu dengan sendiri.

ULASAN:

1. Ucapan Dr. Mahathir amat tepat apabila PM kata, bangsa Melayu perlu Bersatu dan jangan berpecah-belah, kalau tidak negara ini tidak lagi akan diperintah oleh orang Melayu.

TIDAK MENGAMBIL PELUANG PEKERJAAN YANG BERAT, MERBAHAYA DAN KOTOR:

2. Dr. Mahathir kata, orang Melayu tidak mengambil peluang pekerjaan yang berat, merbahaya dan kotor.

3. Dr. Mahathir sedih kerana melihat tiada orang Melayu bekerja di bangunan-bangunan pencakar langit.

MENJAWAB DR. MAHATHIR:

4. Tidakkah Dr. Mahathir sedar, pekerja-pekerja asing ini datang ke Malaysia sebagai cheap labour. Buruh asing yang murah. Mereka duduk di rumah-rumah kongsi beramai-ramai. Dibawa masuk oleh orang-orang tertentu yang tidak mahu membayar gaji yang setimpalnya kepada pekerja Melayu.

5. Kos sara hidup pekerja asing di ibu kota negara murah. Tidak sama dengan kos sara hidup seorang pekerja berbangsa Melayu yang mempunyai keluarga.

6. Tidakkah Dr. Mahathir sedar?

Bahawa mungkin orang Melayu tidak bekerja membina bangunan pencakar langit di Malaysia sebagai buruh kasar tetapi kini, orang Melayu Malaysia telah berjaya sebagai jurutera membina bangunan pencakar langit dunia.

7. Cuba semak, bangunan pencakar langit Burj Khalifa di Dubai, salah seorang jurutera pembinaan adalah orang Melayu dari Malaysia.

8. Bermaksud, Dr. Mahathir ketinggalan zaman. Orang Melayu tidak lagi bekerja sebagai buruh tetapi jurutera pembinaan.

MARUAH ORANG MELAYU SUDAH TENGGELAM DAN JATUH:

9. Ini merupakan satu kenyataan yang amat tepat kerana maruah Melayu memang sudah tenggelam dan jatuh kerana PM melantik LIM GUAN Eng, seorang berbangsa Cina yang amat rasis, sebagai Menteri Kewangan, yang terus menerus menghancurkan ekonomi negara ini.

Menghancurkan subsidi dan pertolongan kepada orang-orang Melayu dengan memberi alasan bahawa ini semua salah Najib Razak, yang meninggalkan banyak hutang kepada negara.

PERSOALAN: AZMIN ALI HADIR. ANWAR IBRAHIM TIDAK DIJEMPUT?

10. Mana mungkin bakal Perdana Menteri ke-8 tidak dijemput ke Kongres Maruah Melayu.

11. Azmin Ali hadir berkemungkinan kerana dia Menteri Ekonomi dan berbangsa Melayu.

12. Bukankah, Wan Azizah, Timbalan Perdana Menteri. Tetapi tidak hadir. Anwar boleh hadir sekiranya Azizah dijemput. Hadir sebagai suami kepada TPM.

13. Di manakah MARUAH ANWAR IBRAHIM, di dalam hal ini?

SEKIRANYA KONGRES MARUAH MELAYU INI MASIH ADA MARUAH:

1. Jawatan Menteri Kewangan dikembalikan kepada Menteri Melayu.

2. Sekiranya maruah Melayu tidak dikembalikan, BUBAR SAJA DEWAN RAKYAT.

3. Kita kembalikan maruah ini kepada rakyat. Kalau Anwar Ibrahim mahu jadi PM ke-8, dapatkan Fresh Mandate dari rakyat, dengan cara:

PALING BERMARUAH.

Salam,

SAIFUL BAHAR ARSHAD

6 Oktober 2019

Shah Alam

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts