KONGRES MARUAH MELAYU SEBENARNYA ADALAH PERTUNJUKAN KEKUATAN OLEH MAHATHIR KEPADA ANWAR

1.1k
SHARES
6.1k
VIEWS

Oleh Isham Jalil

Anwar Ibrahim yang kononnya bakal PM-8 tidak dijemput ke Kongres Maruah Melayu esok.

Sebagai bakal Perdana Menteri dan presiden kepada parti yang kononnya terbesar dalam PH yang akan menentukan untung nasib dan hala tuju orang-orang Melayu di Malaysia kelak, Anwar sepatutnya dijemput.

Pengelola kepada kongres ini adalah Hamzah Zainuddin, iaitu bekas Ahli Parlimen UMNO yang telah melompat parti ke Bersatu selepas PRU-14.

Dia juga yang telah membawa bersamanya lima orang Ahli Parlimen UMNO untuk lompat parti kepada Bersatu.

Orang-orang lama dalam politik tahu bahawa Hamzah tidak suka Anwar dan mempunyai sejarah hitam bersama Anwar.

Mahathir juga tidak suka Anwar dan sehingga hari ini tidak menentukan tarikh untuk peralihan kuasa kepada Anwar.

Kali terakhir Mahathir berkata lagi tiga tahun atau sebelum PRU-15 untuk dia menyerahkan kuasa kepada penggantinya walhal Anwar telah menetapkan Mei 2020 sebagai tarikh untuk dia menjadi Perdana Menteri ke-8.

Mahathir telah merancang kongres ini dan sengaja tidak menjemput Anwar.

Esok Mahathir akan tunjukkan kepada Anwar kekuatannya (Mahathir) untuk menarik sokongan orang-orang Melayu dan untuk terus berkuasa walaupun ramai peserta yang akan hadir di Stadium Melawati esok adalah dipaksa datang atau terpaksa hadir.

Mahathir mahu tunjukkan kepada Anwar usah berani langgar dia (Mahathir) dan jika kamu langgar kamu akan sengsara sekali lagi.

Mahathir juga akan tunjukkan kepada DAP bahawa DAP masih memerlukannya sekiranya DAP dan PH mahu menang PRU-15 dan kekal sebagai kerajaan di mana PH memerlukan sekurang-kurangnya 30% sokongan orang Melayu untuk menang.

Mahathir juga terdesak memerlukan sokongan orang-orang Melayu ini untuk menang di pilihan raya kecil Tanjong Piai bulan hadapan.

Sebab itu saya lihat motif utama kongres ini adalah kerana kemelut kuasa dan masalah dalaman PH dan tidak ada kena mengena dengan maruah Melayu.

Mahathir telah menggunakan universiti-universiti awam untuk kepentingan politiknya dan sebagai asbab kononnya kongres ini tidak ada kena mengena dengan politik tetapi dianjurkan oleh institusi akademik.

Dan Kit Siang juga telah sekali lagi bermain wayang apabila dia mengkritik penggunaan universiti-universiti awam untuk menganjurkan kongres ini.

Padahal dia tentunya sudah tahu bahawa hasil kongres ini (iaitu perpecahan orang-orang Melayu dan perlemahan Perpaduan Ummah dan Muafakat Nasional oleh kongres ini) akan sebenarnya menguntungkan DAP.

Dan adakah Azmin dijemput dan akan hadir ke kongres ini atau adakah dia masih bersantaian di luar negeri seperti menteri-menteri lain?

https://www.facebook.com/220524935369705/posts/547635005992028?sfns=mo

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts