BELUMPUN SAMPAI 48 JAM MUAFAKAT NASIONAL – SUDAH ADA SUARA MINTA NAMAKAN SIAPA BAKAL PERDANA MENTERI

624
SHARES
3.3k
VIEWS

Belumpun sampai 48 jam, DS Zahid Hamidi dan DS Haji Abdul Hadi Awang menandatangani PIAGAM MUAFAKAT NASIONAL, sudah ada kedengaran cadangan dari Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Pulau Pinang, Agar Gabungan Parti BN/ UMNO dengan PAS, menamakan, bakal calon Perdana Menteri, sekiranya mereka berjaya kembali memerintah Putrajaya.

DATUK MOHD. ZAIDI (KB UMNO PERMATANG PAUH) KATA:

Gabungan Muafakat Nasional perlu berani menamakan calon bakal Perdana Menteri akan datang seawal mungkin.

Kemenangan besar pada pembangkang (BN & PAS), akan terserlah lebih awal andai kata individu yang dinamakan itu adalah “pujaan hati rakyat.”

Kegagalan menamakan atau kesilapan menamakan calon PM yang bermasalah akan menjadikan piagam yang ditandatangani pada 14 September menjadi sia-sia.

Katanya lagi, Muafakat Nasional perlu berani keluar dari kebiasaan, menongkah arus bukan bererti kurang ajar.

Namun, jika perlu berkurang ajar, baru kita boleh menang. Apa salahnya berkurang ajar demi bangsa, agama dan negara.

ULASAN:

Datuk Zaidi bebas mengutarakan pandangan beliau, manakala pihak lain pula bebas untuk menjawab beberapa persoalan yang beliau utarakan.

1. Pertama, seperti di dalam ucapan DS Haji Hadi pada 14 September, ini hanyalah satu permulaan, baru hendak baca surah Al-Fatihah, belum lagi surah-surah yang lain.

Ini juga bermakna, Muafakat Nasional ini bukannya merupakan SATU GABUNGAN ANTARA PARTI BN (UMNO, MCA DAN MIC) DENGAN PAS.

Bukannya A POLITICAL COALITION.

Ia baru merupakan a political cooperation. Ia merupakan satu kerjasama politik bertujuan untuk menyatukan umat Islam.

Ini juga bermakna hubungan UMNO dengan PAS adalah untuk memulakan satu titik permulaan Penyatuan Ummah.

Berbeza dengan Pakatan Harapan. Mereka adalah Gabungan 4 parti iaitu, Bersatu, PKR, DAP dan Amanah.

Pakatan Harapan adalah satu coalition government.

Manakala, Parti Warisan adalah rakan di luar gabungan PH tersebut.

KERANA ITU:

Adalah terlalu awal untuk UMNO dan PAS menamakan satu individu sebagai calon bakal Perdana Menteri sekiranya mereka berjaya merampas Putrajaya.

Kerjasama politik ini tidak memerlukan satu ketua (buat masa ini) yang bakal menerajui Blok Pembangkang bagi menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang.

2. Kedua, cadangan Datuk Zaidi ini adalah serupa dengan strategi Pakatan Harapan sebelum menghadapi PRU ke-14, apabila PH menamakan Dr. Mahathir sebagai individu yang akan mengetuai Pakatan Harapan di dalam Pilihan Raya Umum yang lalu.

Dan sekiranya PH menang, Dr. Mahathir bakal dinobat sebagai Perdana Menteri.

Situasi ini berbeza, ketika itu strategi PH ialah untuk menggunakan populariti Dr. Mahathir bagi memancing 10 peratus undi dan kerusi-kerusi Parlimen, bagi memastikan PH memenangi kuasa memerintah Putrajaya.

Benar sungguh, dengan 10 peratus tambahan undi dan kerusi-kerusi majoriti Melayu, parti Bersatu berjaya memenangi 13 kerusi Parlimen dan PH mengambil alih Putrajaya dengan 113 kerusi.

Iaitu majoriti hanya 2 kerusi sebelum parti Warisan menyertai blok Pakatan Harapan.

3. Ketiga, saranan Datuk Zaidi agar dipilih seorang individu di luar dari pemegang jawatan tertinggi parti UMNO dan PAS sebagai calon bakal Perdana Menteri, ADALAH SATU CADANGAN YANG TIDAK WAJAR.

Di dalam kita hendak berperang, Komander Perang kita perlu dari kalangan pemimpin-pemimpin atasan parti yang sudah dipilih dan diberi amanah serta tanggungjawab mengemudi bahtera perjalanan parti ini.

AKHIRNYA:

Cadangan yang dikemukakan adalah terlalu awal.

Cadangan yang dikemukakan adalah mengikut rentak tari lagu dari pemimpin Pakatan Harapan, yang mahu gabungan UMNO dan PAS berpecah-belah kerana sukar untuk memilih satu ketua (yang bakal jadi PM sekiranya menang Pilihan Raya Umum).

HAKIKATNYA:

Pilihan Raya Umum masih jauh, berkemungkinan besar lagi 3 tahun kecuali sesuatu di luar jangka berlaku.

Oleh yang demikian, tugas awal kita ialah memperkukuhkan jentera parti dan memulakan penyatuan ummah di akar umbi agar kita benar-benar kukuh bagi menghadapi sebarang kemungkinan di dalam masa terdekat ini.

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA.

Salam. 

DSBA

16 September 2019

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts