AGIHAN YANG ADIL MENURUT REJIM PH KEPADA EMPAT SEKOLAH UTAMA DI TELUK INTAN

451
SHARES
2.5k
VIEWS

Bajet 2018, Kementerian Kewangan menyediakan peruntukan tertinggi untuk sekolah-sekolah di dalam negara membabitkan jumlah 60.2 billion ringgit iaitu 19.1 peratus bajet belanjawan bagi tahun 2019, dengan tidak dinafikan bahawa peruntukan tertinggi sebanyak 50 juta adalah termasuk kepada SJKC antaranya menyebut seperti berikut; “Beliau berkata, Sekolah Kebangsaan (SK) membabitkan peruntukan RM250 juta manakala RM50 juta masing-masing untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).”

Rujuk: Rujuk: https://www.google.com.my/amp/s/www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/11/493742/kementerian-pendidikan-terima-peruntukan-tertinggi/amp

Justeru, tuan puan saksikan sendiri bagaimana sejumlah wang peruntukan sebanyak RM730,000 diagih-agihkan antara empat sekolah Jenis Kebangsaan dan Kebangsaan di pekan Teluk Intan;

1. SMJK San Min – 270 ribu sahaja

2. SMK Convent – 200 ribu

3. SMK St Anthony – 160 ribu

4. SMK Morley Methodist – 100 ribu

Pengagihan ini dikatakan sangat adil dan saksama, itu belum termasuk lagi SMK Seri Perak, SMK Raja Muda Musa.

Boleh jadi kedua sekolah tersebut mendapat lebih daripada peruntukan 4 sekolah ini.

Cuba tuan puan siasat sendiri, kemungkinan maklumat ini palsu, maka adalah adil jika tuan puan siasat sendiri?

Dari apa yang kita boleh lihat sendiri jelas menampakkan keadilan telah terlaksana di hadapan mata kepala kita sendiri tanpa ada superimpose atau fake picture, bagaimana 4 sekolah yang ada pelajar anak-anak kiasu ini, yang juga sejak dahulu lagi merupakan penyokong kuat DAP… dapat lebih!

Sekadar bertanya bagaimana dengan Sekolah Agama Rakyat dan tahfiz?

Lagi satu soalan, kalau dahulu masa jadi pembangkang, DAP cukup marah bila tertera “Satu lagi projek kerajaan BN” hingga dimaki hamunnya kerana salah guna hak kerajaan.

Kalau begitu kenapa apabila mereka pula jadi kerajaan, “mock cheque” ada logo parti Pakatan Harapan?

Bukankah sumbangan itu dari Kementerian bukannya duit poket Pakatan Harapan?

Apapun syabas apabila PH bukan lagi ludah tetapi telan hingusnya sendiri.

*Lebai Kampung*

Dari Teluk Intan

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts