UMMAH MENYOKONG TINDAKAN JAIS MEMBENTERAS AJARAN SESAT SYIAH

652
SHARES
2.6k
VIEWS

Haji Rashidi bin Haris

Naib Pengerusi UMMAH

  1. Tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahan 21 orang pengikut Syiah baru-baru ini termasuk ketuanya sekali dalam serbuan yang dibuat markas Syiah di Gombak ketika sedang menjalankan rutin program ajaran Syiah adalah suatu tindakan yang bertepatan dengan keputusan fatwa yang dibuat oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
  2. Selain UMMAH menyokong penuh teks khutbah Jumaat tersebut yang dibacakan di seluruh mimbar-mimbar masjid di Negeri Selangor, pada Jumaat 6 September yang lalu, dengan tegas dan jelas menyebut kesesatan firqah Syiah, isu ini bukannya perkara baru, tetapi sudah lama diperdebatkan dan berakhir apabila Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 2 dan 3 Mei 1996 bersetuju bahawa ajaran Islam yang lain daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang Islam; dan dengan demikian penyebaran apa-apa ajaran yang lain daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah dilarang.
  3. Juateru, ini termasuklah ajaran Syiah yang sesat lagi menyesatkan, ekstrem lagi melampau-lampau dan pihak berwajib telah mengarahkan supaya ajaran sesat ini tidak disebarkan dan diamalkan di negara ini. (1)
  4. Sekian lama umat Islam Malaysia berpegang kepada akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah mengikut panduan yang digariskan Imam Abul Hassan Ismail al-Asya’ari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi dan perkara ini sudah muktamad. Manakala dalam bab feqah, Mahkamah Syariah kita mengikut feqah Imam al-Syafi’i Rahimahullah, dan tidak menolak pendapat 3 Imam Ahli Sunnah yang lain, sama ada pendapat Imam Maliki, Imam Hanafi, dan juga Imam Ahmad bin Hanbal Rahimahullahu Taala.
  5. Mengimbas kenyataan mantan Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Othman Mustapha yang pernah berkata beliau menafikan sekeras-kerasnya sekiranya ada dakwaan mengatakan terdapat fahaman Syiah yang mempunyai persamaan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah di negara ini. (2)
  6. Sebagai maklumat, ajaran Syiah secara drastik mula memasuki Malaysia sekitar tahun 80’an selepas berlakunya revolusi Iran pada tahun 1978/79. Pada tahun 1984, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa mengambil keputusan bahawa hanya Mazhab Syiah dari golongan al-Zaidiyyah dan Ja’fariyyah sahaja yang diterima untuk diamalkan di Malaysia. Namun pada tahun 1996, disebabkan oleh penularan ajaran Syiah yang semakin berleluasa di negara ini, beserta dengan ajaran dan amalan yang jelas bercanggah dengan Ahlussunnah maka Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak.
  7. Antara ajaran Syiah yang jelas bertentangan dengan pegangan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah mereka mengkafirkan Khulafa’ al-Rasyidin khususnya Sayyidina Abu Bakar al-Siddiq dan Sayyidina Umar al-Khattab, mendakwa wujud ‘Surah al-Wilayah’ dalam Al-Qur’an tetapi telah dibuang, dalam ertikata lain mendakwa Al-Qur’an tidak sempurna. Surah itu menyebut tentang kewalian Sayyidina Ali bin Abu Talib sebagai imam selepas Rasulullah SAW, dan seterusnya termasuk syahadah, Rukun Iman, dan kedudukan para Imam yang lebih mulia daripada para Rasul.
  8. Kesesatan Syiah ini boleh didapati dalam dua kitab utama mereka iaitu al-Kafi karangan Abu Ja’afar al-Kulaini (m.329H) Tahfzib al-Ahkam ditulis oleh Syaikh al-Thaifah Abu Ja’afar bin Hasan Thusi (m.460H/1068), al-Istinshar yang juga ditulis oleh Syaikh Thusi (m.460H/1068). Syaikh Thusi menulis kitab ini setelah kitab Tahfzib al-Ahkam, dan kitab Man La Yahdhuruhu al-Faqih ditulis oleh Abu Ja’afar Muhammad bin Ali bin Husain bin Babawaih Qummi (m.381H/992). (3)
  9. UMMAH yakin bahawa tangkapan terhadap mereka yang menganut ajaran sesat Syiah di negeri Selangor ini tidak bercanggah dengan ketetapan fatwa yang telah dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Selangor.(4)
  10. UMMAH bukan hanya menyokong tindakan JAIS, tetapi menyarankan negeri-negeri lain seperti Melaka, Pulau Pinang, Kedah mencontohi JAIS dalam usaha membenteras ajaran sesat yang kini dilihat semakin berleluasa di negeri-negeri masing-masing malahan telah ada perkampungan mereka sendiri contohnya di Selangor ajaran sesat Qadiani sudah ada masjid sendiri. Sikap apologetik tidak membantu sebaliknya lebih membuka ruang kepada penyebaran ajaran-ajaran sesat. (5)
  11. UMMAH yang mewakili ratusan gabungan berbagai NGO dan NGOi di bawahnya bersedia pada bila-bila masa membantu pihak berwajib kerajaan negeri Selangor dan juga mana-mana negeri sekiranya memerlukan bantuan sama ada memberi pencerahan atau membantu memberi sokongan kawalan keselamatan kepada pihak berwajib dalam mempertahankan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan dalam masa yang sama bersama membenteras ajaran sesat yang menyeleweng daripada arus perdana negara.

NOTA:

  1. Rujuk: http://www.islam.gov.my/images/ePenerbitan/KOMPILASI_MUZAKARAH_MKI_2016.pdf
  2. Rujuk: https://www.google.com.my/amp/www.astroawani.com/berita-malaysia/semua-ajaran-syiah-di-malaysia-adalah-menyeleweng-jakim-26941%3famp=1
  3. Rujuk: https://says.com/my/seismik/perbezaan-ahli-sunnah-dengan-syiah
  4. Rujuk: http://www.mais.gov.my/info-mais/informasi/penerbitan/muat-turun/78-ajaran-sesat-merungkai-kesulitan-dan-kecelaruan/file
  5. Rujuk: http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/index.php/main/mainv1/fatwa/3
Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts