MUAFAKAT UCAP TAHNIAH KEPADA JAIS ATAS USAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH MEMBANTERAS AJARAN SESAT

633
SHARES
2.4k
VIEWS

MUAFAKAT mengucapkan tahniah atas penyediaan teks khutbah Jumaat 6 Sept 2019 yang dengan jelas menegaskan kesesatan firqah Syiah dan MUAFAKAT juga ingin mengucapkan syabas kepada pegawai-pegawai JAIS atas tindakan menahan 21 orang pengikut Syiah baru-baru ini termasuk ketuanya dalam serbuan yang dibuat markas Syiah di Gombak ketika para pengikutnya sedang menjalankan rutin program mereka.

Sebagaimana yang kita maklum, isu Syiah ini bukannya perkara baru, ia sudah lama diperdebatkan alim ulamak muktabar silam. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada 2 dan 3 Mei 1996 telah bersetuju bahawa ajaran Islam selain daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang Islam. Oleh yang demikian, penyebaran apa-apa ajaran selain daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah dilarang.

Penahanan dan rampasan termasuk menyita kain rentang, bingkai gambar, batu karbala atau turbah, kitab serta buku berkaitan Syiah. Amatlah jelas bahawa ajaran Syiah adalah bersifat ekstrem yang melangkaui batasan asas-asas agama Islam yang bertunjangkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Rujuk: http://www.islam.gov.my/images/ePenerbitan/KOMPILASI_MUZAKARAH_MKI_2016.pdf

  1. Sekian lama umat Islam di Malaysia berpegang kepada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan mengikut panduan yang digariskan oleh Imam Abul Hassan Ismail al-Asya’ari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi dan perkara ini muktamad. Manakala dalam bab feqah, negara kita telah menetapkan dengan mengikut feqah Imam as-Syafie Rahimahullah, dalam masa yang sama tidak menolak malah menerima pakai pendapat 3 Imam yang lain, sama ada dari pendapat Imam Maliki, Imam Hanafi, dan juga Imam Ahmad bin Hanbal Rahimahullahu Taala.
  2. Justeru, MUAFAKAT yakin bahawa tangkapan terhadap mereka yang menganut ajaran sesat Syiah di Negeri Selangor ini tidak bercanggah dengan ketetapan fatwa yang telah dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Selangor, rujuk: http://www.mais.gov.my/info-mais/informasi/penerbitan/muat-turun/78-ajaran-sesat-merungkai-kesulitan-dan-kecelaruan/file
  3. MUAFAKAT bersedia membantu MAIS dan mana-mana pihak berwajib kerajaan negeri Selangor dalam aspek memberi pencerahan epistemologi Ahli Sunnah Wal Jamaah dan pada masa yang sama bersama membanteras mana-mana ajaran sesat yang menyeleweng serta bersifat ekstrem.

Mahmud Hishamuddin

Setiausaha Agong MUAFAKAT

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts