SIRI AGENDA KEDAULATAN WATAN (AKWAM)

43
SHARES
432
VIEWS

Perlembagaan Persekutuan Bukan Lahir dari Rahim Kontrak Sosial! 

Antara salah faham yang ketara dan berleluasa berlaku di kalangan rakyat negara ini, adalah terhadap andaian bahawa Perlembagaan Malaysia adalah berteraskan prinsip Kontrak Sosial. Salah faham ini PERLU DIPERBETULKAN.

ISTILAH KONTRAK SOSIAL BERAKAR UMBI DARIPADA FALSAFAH BARAT.

Menurut Jean-Jacques Rousseau dalam bukunya ‘The Social Contract’, kedaulatan itu terletak pada rakyat dan melalui kehendak rakyat. Kehendak rakyat disebut sebagai Kontrak Sosial kerana atas prinsip itulah sesebuah kerajaan dan undang-undangnya didirikan, contohnya Amerika Syarikat.

Berdasarkan teori Kontrak Sosial, rakyat boleh melantik wakil mereka untuk melaksanakan mandat penggubalan undang-undang yang berasaskan pada persetujuan majoriti dalam kalangan mereka tanpa perlu terikat dengan batasan agama.

Ia adalah teras Kedaulatan Rakyat kerana rakyat membangunkan sistem politik dan undang-undang mengikut kehendak mereka.

Bagaimanapun, sejarah proses pembentukan Perlembagaan Persekutuan membuktikan ia tidak lahir daripada rahim Kontrak Sosial.

Hakikatnya, Perlembagaan Persekutuan lahir apabila sembilan orang Raja-raja Melayu bersetuju untuk menginstitusikan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu beserta penyerahan sebahagian kuasa negeri baginda masing-masing kepada KERAJAAN YANG DIPERTUAN AGONG pada peringkat Persekutuan Tanah Melayu seperti terkandung dalam Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan, penerimaan sistem demokrasi berparlimen, tadbir urus moden dan unsur-unsur watan dalam bentuk seperti diperuntukan.

DAN INI BUKAN KONTRAK SOSIAL BERTERASKAN KEDAULATAN RAKYAT!!

Buktinya, Perlembagaan Persekutuan walaupun selepas terbentuknya Malaysia pada hari ini terus masih mengekalkan Kedaulatan Raja-raja Melayu seperti termaktub dalam Perkara 181 (1)!!

Ringkasnya, negara Malaysia bukan lahir dari Kontrak Sosial berteraskan Kedaulatan Rakyat, tetapi dari rahim kerajaan-kerajaan Melayu yang umurnya telah menjangkau beratus-ratus tahun, dengan kematangan ketamadunan dan peradaban Melayu yang dibingkai dalam ajaran Islam fahaman Ahlus Sunnah wal Jamaah, diwakili oleh Raja-raja Melayu yang berdaulat.

Dalam tahun 1948, sembilan Raja-raja Melayu telah bersetuju untuk berkongsi amanah KHALIFAH ALLAH dalam sebuah gabungan berbentuk Persekutuan Tanah Melayu (kemudian disebut Malaysia), memberi perkenan untuk diperlembagakan persekutuan ini dalam bentuk moden yang bertulis, namun tetap memegang esensi wataniyah warisan nenek moyang orang-orang Melayu, khususnya yang terkait identiti dan jati diri agama Islam dan adat budaya Melayu (selain memelihara kepentingan pribumi yang lain).

Dan esensi wataniyah ini telah dipasak kukuh dalam peruntukan-peruntukan Perlembagaan seperti Perkara 3(1), 153,160 (2), dan banyak lagi.

Kepentingan sah kaum-kaum pendatang seperti China dan India, yang ingin menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu, telah dimasukkan dalam peruntukan Perlembagaan dengan perkenan Raja-raja Melayu, tetapi dengan syarat-syarat yang perlu dipatuhi, seperti adat Melayu “di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung’, dan bukan sebagai ‘kaduk naik junjung’…

Ringkasnya, prinsip Perlembagaan Malaysia adalah berteraskan KEDAULATAN RAJA-RAJA MELAYU DAN KELUHURAN PERLEMBAGAAN berteraskan KERANGKA WATANIYAH !!

“Amanah Watan Pemacu Peradaban”

Sumber: Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain

Penasihat Gabungan Mi’raj

Olahan oleh Tun Suzana @ Suzana Hj Othman

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Berkaitan