BANTULAH MELAYU TUN, BUKANNYA CERCA – RAZLAN RAFII

298
SHARES
3k
VIEWS

Bantu Melayu Tun, Bukan Cerca, Bangsa ini Rakyat Malaysia juga!

Wahai Tun M, untuk membantu sesebuah Bangsa itu maju, ia bukan boleh datang dengan cacian dan makian, ianya juga bukan boleh datang dengan merendah-rendahkan bangsa itu.

Ia datang dengan formula polisi yang baik, pendidikan yang baik dan juga implementasi yang baik.

Mungkin Tun lupa, apabila Tun dan Anwar melaksanakan Dasar Penswastaan, ada ramai Melayu mendapat keistimewaan dari dasar ini, mereka terus menjadi kaya raya dengan gaji yang besar, tidak perlu usaha.

Serupa juga mereka diletakkan di zon selesa apabila Tun dan Anwar memberi Bumiputera Pink Form, satu polisi yang memberikan kekayaan “overnight“, adakah polisi-polisi ini mewujudkan bangsa yang berusaha?

Sebelum Tun menjadi Perdana Menteri pada tahun 1981, polisi kerajaan membolehkan orang Melayu membuka ladang, bercucuk tanam dan nelayan, orang Melayu berusaha untuk meningkatkan diri bukan dengan cara senang, mereka terus membanting tulang empat kerat untuk hidup dan membesarkan anak-anak.

Tun, semasa zaman itu, Tun telah gagal mewujudkan polisi agar orang Melayu menjadi peniaga, gagal mengekang bangsa Cina dari menipu kerajaan dalam tender-tender dan pelbagai dasar yang telah memberikan keuntungan kepada kaum Cina.

Sehingga hari ini Tun gagal dalam membuat polisi membina untuk mewujudkan perniagaan yang boleh di rebut oleh orang Melayu!!

Tun, apabila Tun melancarkan Satelit Razaksat, siapa yang mendapat nikmat?

Ananda Krisnan mendapat Maxis, mana ada orang Melayu mendapat keistimewaan begitu baik, mereka dimomokkan dengan Celcom yang mana ia adalah GLC.

Apabila Pewaja Steel diwujudkan, adakah ia melahirkan Peniaga Melayu?

Tun, Semasa Tengku Razaleigh diminta membuat perniagaan petroleum, beliau meminta masa 4 tahun, dan dalam masa 4 tahun itu, Tengku Razaleigh menyediakan anak-anak Melayu yang pakar dalam bidang ini.

Seramai 4000 anak Melayu dihantar untuk belajar bidang petroleum, selepas jangka masa 4 tahun dan hasilnya apabila Petronas diwujudkan, Melayu dominan dalam bidang petroleum.

Itulah cara implementasi polisi bangsa!

Pandangan ikhlas saya, Tun tidak perlulah mencerca Melayu lagi, cukuplah dengan kegagalan Tun dan Anwar di bawah pemerintahan dahulu, jangan lagi lekakan Melayu dengan omok-omok kuasa walhal di belakang tabir, anda memberi kekayaan kepada bangsa lain.

Akhirnya Tun, kenapa Tun tidak mengatakan Cina juga bekerja mengambil tugas pendatang asing?

Kenapa perlu Tun menyalahkan bangsa Melayu?

Adakah nangsa Cina ini bangsa first class dan tidak boleh buat kerja kotor?

Datuk Razlan Rafii

MKT UMNO

6 Sept 2019

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Berkaitan