TEMUI SAYA PADA SABTU MINGGU PERTAMA DAN KETIGA SETIAP BULAN – ISHAM JALIL

399
SHARES
2.3k
VIEWS

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menjemput saya untuk bertukar-tukar pandangan berkenaan isu-isu semasa serta permasalahan di peringkat nasional, negeri dan setempat.

Pada kebelakangan ini ramai pihak termasuk orang kampung saya di Paya Jaras, Sungai Buloh dan kawasan sekitar yang telah mengutarakan hajat mereka kepada saya untuk berjumpa.

Saya mohon maaf jika tidak sempat untuk memenuhi kesemua hajat untuk berjumpa termasuk kepada beberapa kumpulan yang telah datang secara impromptu baru-baru ini ke rumah saya di Kampung Sungai Pelong ketika ketiadaan saya di rumah.

Saya amat berbesar hati untuk meluangkan masa bersama tuan-tuan dan puan-puan untuk sama-sama membincangkan apa-apa isu termasuk berkenaan masalah setempat dan kebajikan rakyat.

Sebagai Pengerusi Sukarelawan Malaysia, saya terbuka untuk membantu.

Saya akui saya mungkin tidak mampu untuk menyelesaikan segala-galanya.

Namun selagi terdaya, kita sama-sama boleh berusaha mencari penyelesaian, atau sekurang-kurangnya kita boleh mengutarakannya kepada pihak yang bertanggungjawab dan mencari jalan terbaik jika diizinkan oleh Allah SWT.

Oleh itu, untuk memudahkan perjumpaan dan mengelakkan masalah ketidaktentuan masa, kepada tuan-tuan dan puan-puan yang berhajat dan berkelapangan untuk berjumpa, saya mencadangkan agar kita berjumpa di Balai Raya Kampung Sungai Pelong pada waktu selepas Zohor sehingga Asar, antara jam 2 sehingga 4 petang setiap Sabtu pertama dan ketiga setiap bulan.

Perjumpaan pertama akan diadakan pada hari Sabtu ini, 7 September 2019 bermula jam 2 petang.

Untuk lokasi alamat, tuan-tuan dan puan-puan boleh private message saya melalui akaun Facebook page saya.

Sekian, jumpa di sana.

Terima kasih.

Salam,

Isham Jalil 

Pengerusi Sukarelawan Malaysia

https://www.facebook.com/220524935369705/posts/527579117997617?sfns=mo

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts