APAKAH MISTERI DI SEBALIK TUNTUTAN PULAU BATU PUTIH?

1.4k
SHARES
8.1k
VIEWS

Apakah sebenarnya yang berlaku masih tidak dijelaskan oleh kerajaan Pakatan Harapan mengenai keputusan ‘menyerahkan’ Pedra Branca atau Pulau Batu Putih kepada Singapura walaupun kerajaan terdahulu telah memfailkan semakan semula kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) apabila menemui tiga dokumen bertarikh 1958 dan 1960 yang tentunya memberikan kelebihan kepada Malaysia bagi menuntut pulau tersebut.

Isu Pulau Batu Putih ini adalah isu kedaulatan negara, di mana jarak dari titik terdekat Malaysia hanya 14.3km (7.7 batu nautika) dari Tanjung Penyusop, Mukim Pangerang, Johor manakala jarak dari titik terdekat Singapura ialah Cangi iaitu 46km (25 batu nautika).

Namun keputusan kerajaan untuk tidak meneruskan semakan terhadap keputusan ICJ pada 2018 yang ketika itu keputusan tidak memihak kepada Malaysia menimbulkan persoalan yang masih belum dijawab sehingga kini.

Keengganan kerajaan telah memberi implikasi yang sangat besar kepada negara iaitu Malaysia telah kehilangan Pulau Batu Putih buat selama-lamanya.

Adakah wujud perjanjian sulit antara kerajaan Pakatan Harapan dan Singapura kerana kelihatan Malaysia terlalu memenangkan Singapura? Sangat tidak masuk akal apabila Malaysia hanya mengalah begitu sahaja walaupun mempunyai bukti yang kukuh untuk semakan semula.

Berikut adalah kronologi mengenai pertikaian antara Malaysia dengan Singapura sejak 1979:

  • 1979 – Pertikaian mengenai status kedaulatan Pulau Batu Putih mula tercetus ketika Malaysia mewartakan Pulau Batu Putih termasuk dalam perairan negara dalam peta rasmi yang baru

  • 2003 – Kes dirujuk ke ICJ pada Julai 2003

  • 2008 – ICJ menumpukan kepada sepucuk surat daripada Pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Johor bertarikh tahun 1953 kepada Singapura. Surat itu menyatakan Malaysia tidak berminat dengan Pulau Batu Puteh

  • 2008 – ICJ menganggap surat itu daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Johor sendiri. Malaysia mempersoalkan sama ada selaku pemangku, adakah beliau mempunyai autoriti kerana bertugas sebagai pemangku namun tidak diterima ICJ

  • 2008 – ICJ buat keputusan pada 23 Mei 2008, Pulau Batu Putih milik Singapura, Malaysia akur

  • 2013 – Kerajaan British isytihar akan mengubah status semua surat-surat sulit yang berkaitan dengan Asia Timur

  • 2016 – Malaysia menghantar dua peguam ke London untuk membuat penyelidikan dokumen-dokumen yang terdapat di Arkib British

  • 2016 – Terdapat lebih 3,000 dokumen yang diubah status berkaitan Asia Timur

  • 2016 – Dua peguam tersebut menemui tiga dokumen penting, dua dokumen bertarikh 1958 dan satu peta operasi bertarikh 1960, yang menjadi penyebab utama Malaysia kalah pada tahun 2008

  • 2016 – Ketiga-tiga dokumen yang dijumpai tersebut mengatasi dokumen Singapura yang bertarikh 1953

  • 2016 – Malaysia melantik tiga Queen’s Counsel, pakar undang-undang antarabangsa Prof. Malcolm Shaw dan Sir Daniel Bethlehem serta Prof. Brian Plant, pensyarah di Universiti Cambridge, tesis kedoktoran beliau berpandukan kes Pulau Batu Puteh yang mempersoalkan keputusan ICJ

  • 2016 – Peguam negara, dua peguam yang dihantar ke London dan tiga Queen’s Counsel berbincang sama ada memadai atau tidak untuk kita mengubah keputusan mahkamah

  • 2016 – Kesemua bersetuju bahawa ada kes yang kuat

  • 2016 – Sekiranya menemui bukti baharu, permohonan boleh dibuat selepas penemuan

  • 2017 – Kabinet sebulat suara meluluskan agar Malaysia membuat semakan

  • 2018 – Tarikh terakhir menyemak semula dalam masa 10 tahun selepas kalah pada 2008 ialah pada Mei 2018

  • 2018 – ICJ menetapkan tarikh antara 11 hingga 22 Jun 2018, tempoh 22 hingga 28 Jun ditetapkan untuk perbicaraan di ICJ di The Hague, Belanda

  • 2018 – Kerajaan Pakatan Harapan diisytihar menang PRU-14 pada 10 Mei dan membentuk kerajaan Pakatan Harapan

  • 2018 – Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong bertemu dengan Perdana Menteri ketujuh, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 19 Mei di Yayasan Kepimpinan Perdana

  • 2018 – Malaysia telah menarik diri pada 30 Mei 2018 daripada semakan keputusan dan tidak meneruskan prosiding yang dimulakan sebelum ini walaupun mempunyai dokumen ampuh untuk semakan semula

  • 2018 – MALAYSIA KEHILANGAN PULAU BATU PUTIH KEPADA SINGAPURA BUAT SELAMA-LAMANYA KERANA TEMPOH SEMAKAN DI ICJ ADALAH DALAM MASA 10 TAHUN SAHAJA YANG BERAKHIR PADA 22 MEI 2018

Jika sebelum ini kerajaan Pakatan Harapan menuduh kerajaan Barisan Nasional menjual negara kepada China, adakah kali ini kerajaan Pakatan Harapan hanya memberi sahaja? Jika tidak, maka apa yang dikorbankan atau menjadi cagaran?

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts