AYUH, TERUSKAN USAHA BUY MUSLIM FIRST!

503
SHARES
2.9k
VIEWS

Mutakhir ini kempen Belilah Barangan dan Utamakan Perkhidmatan Muslim dilihat memberi kesan, jika tidak secara langsung namun amat berkesan secara psikologi.

Perang psikologi begini sudah lama dilakukan oleh jentera Pakatan Harapan yang kini menjadi kerajaan antaranya dalam isu membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak yang dikaitkan dengan 1MDB.

Persepsi dimainkan, fitnah diulang-ulang sehingga menimbulkan keraguan dalam kalangan penyokong dan ahli UMNO sendiri.

Kemuncak kepada kemenangan perang psikologi yang dimainkan Pakatan Harapan ini apabila kerajaan Barisan Nasional pimpinan Najib berjaya ditumbangkan.

Kini wujudnya kempen oleh pihak NGO dan masyarakat sendiri atas kesedaran dan pilihan yang ada untuk membeli dan menggunakan barangan milik rakyat beragama Islam.

Kempen mudah namun berkesan ini mula ditakuti oleh peniaga-peniaga bukan Islam yang selama ini mengambil kesempatan maksima atas pengguna Islam, dengan menggunakan pelbagai cara termasuk tulisan Jawi.

Hakikat terserlah apabila tulisan Jawi dicemuh oleh mereka ini sedangkan dalam perniagaan ia digunakan seumpama pelaris perniagaan bagi menarik pengguna Islam.

Jika mereka menuduh dan menyelar kempen Belilah Barangan dan Utamakan Perkhidmatan Muslim ini sebagai boikot terhadap barangan bukan Muslim, maka apakah nama yang hendak diberi kepada mereka yang selama ini berkempen memboikot produk yang dikeluarkan peniaga Muslim secara terang-terangan?

Kenapa tiada menteri yang menyelar tindakan boikot sebelum ini sedangkan perkataan ‘boikot’ digunakan secara berleluasa?

Ini bukan isu boikotpun cuma disensasikan sebagai boikot oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan termasuk Perdana Menteri, yang secara tidak langsung memberikan publisiti meluas sehingga negara jiran Indonesia juga terkesan dengan kempen ini.

Teruskan usaha membeli barangan dan mengutamakan perkhidmatan Muslim di mana jua kita berada, termasuk di negara manapun kita berada.

Jika tidak dapat seluruhnya disalurkan kepada peniaga Islam, sekurang-kurangnya usaha tetap dijalankan.

Selain ia adalah tuntutan agama, membantu saudara seIslam itu juga satu sunnah dan barangsiapa yang membantu saudaranya di dunia, maka Allah SWT akan membantunya di dunia dan juga di akhirat.

Ayuh, Buy Muslim First.

Teruskan sampai bila-bila, jika tidak sebulan, setahun, suatu ketika pasti kita akan melihat hasilnya.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts