MAHATHIR MEMANG TIDAK MAHU SERAH JAWATAN KEPADA ANWAR SELAGI BELIAU HIDUP – ISHAM JALIL

573
SHARES
3.3k
VIEWS

Oleh Isham Jalil

Semalam Perdana Menteri Dr Mahathir kata tiada jawatan kabinet untuk Anwar.

Mahathir kata sebabnya ialah tiada siapa dalam kabinet hendak letak jawatan untuk beri laluan kepada Anwar.

Sebenarnya kuasa pelantikan dan pertukaran menteri-menteri kabinet adalah kuasa mutlak di tangan Perdana Menteri, bukan secara sukarela atau konsensus daripada sesiapa yang ingin menawar diri atau berundur.

Mana ada orang yang suka-suka ingin letak jawatan kabinet apabila telah mendapat kuasa walaupun mereka tidak perform, berprestasi buruk atau tidak buat kerja, melainkan dipaksa atau terpaksa.

Oleh itu alasan Mahathir itu tidak boleh dipakai dan menunjukkan yang dia sengaja tidak mahu beri Anwar apa-apa jawatan dalam kabinet.

Jika Mahathir mahu, dia boleh sahaja beri Anwar jawatan kabinet yang mana menteri sedia ada tidak perform atau berprestasi buruk dan memalukan, contohnya seperti berikut:

1. Menteri Alam Sekitar, Yeo Bee Yin (tiga kali kes pencemaran Pasir Gudang yang tidak selesai-selesai, beribu rakyat jatuh sakit)

2. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng (ekonomi ranap dan tambah hutang negara beratus billion)

3. Menteri Perpaduan, Waythamoorthy (isu perpaduan kaum dan agama menjadi semakin tegang, kes arwah Adib, ICERD dan ucapan perkauman)

4. Menteri Pertahanan, Mat Sabu (beri isyarat kepada seluruh dunia Malaysia takut pergi perang, maklumkan secara terbuka kekuatan aset ketenteraan i.e. hanya 4 jet pejuang boleh terbang)

5. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke (perkenal semula bas mini, tambah AES, caj kesesakan tol selamanya)

6. Menteri Pendidikan, Maszlee Malik (isu PTPTN, kasut hitam, kolam renang, janji Tol Simpang Renggam percuma)

7. Menteri Komoditi, Teresa Kok (minum sawit)

8. Menteri Wilayah, Khalid Samad (LRT tak ada driver?)

9. Menteri Ekonomi, Azmin Ali (tidak buat apa-apa yang signifikan, kes semburit)

10. Menteri Luar Bandar, Rina Harun (tidak buat apa-apa yang signifikan)

11. Menteri Pertanian, Salehuddin Ayub (telur turun 2 sen)

13. Menteri Jaga Harga Barang, Saifuddin Nasution (Ayam RM2.99 seekor?, harga barang makin naik, tidak tahu apa nak buat sehingga terpaksa minta tolong Najib tolong kawal harga barang)

14. Menteri Luar Negeri, Saifuddin Abdullah (tandatangan Statut Rom, cadang ICERD, clueless)

15. Menteri Sumber Manusia, Kulasegaran (ucapan perkauman)

16. Menteri Belia, Syed Saddik (Gojek)

Dan lain-lain lagi…

Saya ingin tanya Dr Mahathir, adakah menteri-menteri di atas ini semua lebih baik daripada Anwar Ibrahim sehingga dia (Mahathir) fikir Anwar tidak layak untuk ganti mereka?

Rakyat semua sedia maklum bahawa standard yang ada pada barisan menteri dan timbalan menteri kabinet Kerajaan PH sekarang ini tidaklah setinggi mana. Sijilpun banyak yang tipu.

Jika Anwar tidak layak untuk ganti salah seorangpun menteri kabinet sedia ada, sememangnya dia tidak layak langsung untuk jadi Perdana Menteri.

Oleh itu, alasan Mahathir tersebut tidak masuk akal.

Sebab yang lebih masuk akal ialah Mahathir memang tidak mahu beri apa-apa kuasa kepada Anwar selagi dia (Mahathir) masih hidup.

Kepada Anwar Ibrahim, anda tunggu tepi tangga Pejabat Perdana Menteri berjam-jampun dan tampal poster PM-8 pun tidak guna, buat malu diri anda sahaja.

Redhalah untuk menjadi PM tepi buat selamanya.

Bak kata P. Ramlee:

“Kamu kan tahu dia tu penipu,
Muka diapun muka penipu,
Yang kamu bijak pandai boleh kena tipu dengan dia tu pasal apa?”

https://www.facebook.com/220524935369705/posts/523252598430269?sfns=mo

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts