HAMID BADOR, JANGAN BERSIKAP PARTISAN DAN SALAHKAN PEMBANGKANG – ISHAM JALIL

467
SHARES
2.7k
VIEWS

Oleh Isham Jalil

Semalam laporan akhbar menyebut Ketua Polis Negara menyalahkan pembangkang kerana Kerajaan PH sedang goyang, di tengah-tengah peningkatan ketegangan isu agama dan kaum.

Saya ingin sarankan supaya Ketua Polis Negara tidak sesekali bersikap partisan atau berat sebelah kepada mana-mana parti politik, atau memberikan apa-apa kenyataan yang boleh dianggap sebagai berbaur kepentingan politik malahan tidak adil atau tidak benar dari segi fakta.

Beliau tentunya tahu PDRM adalah suatu institusi untuk semua rakyat tidak kira kerajaan atau pembangkang dan bukan hanya untuk PH.

Jika ingin buat kenyataan seperti ahli politik, letaklah jawatan sebagai Ketua Polis Negara dan jadi ahli politik.

Saya pasti di sudut hati kecilnya beliaupun tentunya tahu sebab utama Kerajaan PH sekarang goyang bukanlah kerana salah pembangkang tetapi kerana salah kerajaan dan pemimpin-pemimpin Kerajaan PH sendiri.

Yang bawa isu perkauman di pilihan raya-pilihan raya kecil seperti di Cameron Highlands, Semenyih dan Rantau adalah pemimpin-pemimpin Kerajaan PH.

Yang jadikan isu tulisan jawi ke sekolah vernakular adalah menteri Kerajaan PH, dan yang memanggil orang rasispun Perdana Menteri Kerajaan PH juga.

Yang nak hantar Zakir Naik balik India adalah ahli-ahli politik Kerajaan PH.

Yang merudumkan ekonomi dan menambah hutang negara sehingga RM300 billion dalam hanya setahun iaitu bersamaan 8 kali ganda hutang 1MDB pun menteri-menteri Kerajaan PH.

Yang buat pelabur-pelabur cabut lari sehingga pasaran saham dan nilai ringgit jatuh terukpun Kerajaan PH.

Yang buat ramai orang hilang kerjapun Kerajaan PH juga.

Yang tipu manifesto pilihan rayapun Kerajaan PH.

Tapi alih-alih semua salah pembangkang.

Kenapa tidak kata semua ini salah Najib sahaja? Kan senang.

https://www.facebook.com/220524935369705/posts/522337358521793?sfns=mo

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts