PIAGAM MUAFAKAT NASIONAL

165
SHARES
349
VIEWS

Muafakat Nasional yang ingin diwujudkan mesti berteraskan kepada permuafakatan dan perpaduan umat yang tidak hanya terbatas kepada parti-parti politik tetapi juga NGO-NGO dan tokoh-tokoh masyarakat demi memelihara kepentingan agama Islam dan rakyat negara ini terutama kaum peribumi iaitu orang Melayu dan kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak.

Muafakat Nasional ini MESTI mendokong serta mempertahankan kedudukan agama negara yakni Islam dan kedudukan orang Melayu serta Bumiputera seperti mana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Ini penting bagi menjamin kelestarian semua kaum dengan memastikan jurang ekonomi, pendidikan dan sosial antara kaum dihapuskan.

Demi untuk mencapai tujuan di atas, Muafakat Nasional MESTI mempunyai beberapa unsur penting yakni keunggulan integriti, intelektualiti dan spiritualiti serta memegang prinsip kemakmuran BERSAMA.

Kesejahteraan rakyat MESTI menjadi agenda utama dengan mengenepikan kepentingan peribadi.

Oleh yang demikian, premis untuk melahirkan perancangan pembangunan masyarakat yang saadah bahagia di dunia dan di akhirat (Surah 28:77), ini MESTI-lah merangkumi perkara-perkara berikut:

1. Mempertahankan institusi Raja-Raja Melayu sebagai payung agama dan negara.

2. Memperkasakan sistem pendidikan yang berteraskan agama Islam, integrasi kaum dan nilai budaya nasional.

3. Meletakkan asas akidah Ahlus Sunnah wal Jamaah sebagai teras agama madani negara.

4. Membangunkan ekonomi mengikut agihan demografi dan keperluan asas negara.

5. Membentuk dasar sosial yang ber’indeks’kan keharmonian dan kesejahteraan bersandarkan kepada syariat dengan merujuk kepada Rukun Negara (kesopanan dan kesusilaan).

6. Melibatkan peranan NGO-NGO dan tokoh-tokoh masyarakat dalam pentadbiran dan pembuatan polisi-polisi utama negara.

7. Memartabatkan institusi ulama sebagai satu cabang kekuatan bagi mengimbangi kepada sistem pentadbiran negara.

Berdasarkan premis di atas, setiap individu yang menjadi pemimpin yang dipilih di semua peringkat, wajib mempunyai tahap integriti, intelektualiti dan spiritualiti yang tinggi serta berwawasan jauh…

Hj Aminuddin Yahaya

Pengerusi Gerakan Pembela UMMAH

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Berkaitan