PULIHKAN IMEJ KLIA, TINGKATKAN KESELAMATAN NEGARA

353
SHARES
2.1k
VIEWS

Masalah sistem di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang mengalami gangguan sejak Rabu lalu perlu diberikan perhatian serius oleh pihak kerajaan.

Gangguan sistem yang berlarutan beberapa hari sehingga segala operasi terpaksa dilakukan secara manual secara tidak langsung mencalar imej sebuah negara dalam urus tadbir operasi yang sangat penting.

Tambahan pula, lapangan terbang menjadi pintu utama bagi warga asing dalam memasuki atau keluar dari sesebuah negara. Menjadi kebimbangan yang melibatkan akses keselamatan kerana melibatkan limpahan atau kebanjiran warga asing yang masuk ke dalam negara tanpa mampu diselia dengan baik ekoran masalah gangguan sistem yang dialami.

Pemuda PAS Selangor menggesa pihak kerajaan mengambil langkah yang lebih serius dalam tangani isu gangguan sistem di KLIA ini kerana banyak perkara yang terjejas dan menggangu maslahat rakyat umum.

Tidak dinafikan usaha telah dilakukan namun keseriusan dan profesional dalam usaha baik pulih mesti diperhebatkan lagi. Sewajarnya isu besar ini dibincangkan dalam kabinet agar tindakan pantas dan efisien dapat diambil lebih serius.

Logiknya, jika masalah gangguan sistem di sebuah lapangan terbang yang dialami dalam tempoh 2 atau 3 jam pun akan mengakibatkan masalah apatah lagi masalah ini telah berlanjutan lebih 3 hari.

Dalam masa yang sama, Pemuda PAS Selangor sangat berharap insiden yang berlaku di KLIA ini tiada agenda tersembunyi sama ada dari sudut kebimbangan kita pada:

1. Kebanjiran warga asing ke dalam negara dengan lebih mudah tanpa terkawal disebabkan gangguan sistem. Persepsi ini semakin menebal berikutan isu-isu yang banyak berlaku baru-baru ini.

2. Tercalarnya imej KLIA dengan masalah yang teruk yang akhirnya dikaitkan dengan syarikat MAS bagi menjayakan ura-ura pihak kerajaan sebelum ini untuk menjual MAS menurut kenyataan PM pada 25 Jun 2019 yang lalu.

Demi Islam

Bangkit : Pemuda Perintis Kebangkitan Ummah

Ustaz Hanafi Zulkapli

Ketua Pemuda

Dewan Pemuda PAS Selangor

Tarikh : 24 ZulHijjah 1440H / 25 Ogos 2019

Facebook : https://www.facebook.com/dppns.org/?ref=bookmarks

Twitter : https://twitter.com/DPPNSofficial?lang=en

Instagram : https://www.instagram.com/dppns_official/?hl=en

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts