TAHNIAH! SEMOGA KESUCIAN ISLAM TERUS TERPELIHARA

379
SHARES
2.2k
VIEWS

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengucapkan tahniah kepada pihak MAIS atas keputusan yang dikeluarkan oleh pihak Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang tadi.

Keputusan tersebut memutuskan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Selangor dan diwartakan yang antara lain memutuskan SIS Forum Berhad terpesong dari ajaran Islam adalah sah dan tidak bercanggah dengan mana- mana undang-undang.

Pastinya keputusan tersebut merupakan kegembiraan buat umat Islam dan semua pihak pendokong kebenaran. Sekaligus memberikan kekuatan untuk kita terus menolak segala dakyah dan doktrin yang berasaskan liberalisme.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak peguam dan mana-mana pihak yang telah membantu secara langsung atau tidak dalam mempertahankan kesucian agama Islam dan institusi agama Islam dari tangan-tangan jahat dan sikap biadap pihak Sisters In Islam (SIS) serta mereka yang bersubahat dengannya.

Marilah kita kembali berpegang kepada ajaran Islam yang sebenar dan menjauhi segala bentuk pemikiran yang terpesong. Semoga mereka yang terjerebak dengan SIS sebelum ini kembali bertaubat dan didoakan agar diberikan hidayah serta pengampunan dari Allah SWT.

Demi Islam

Bangkit : Pemuda Perintis Kebangkitan Ummah

Ustaz Hanafi Zulkapli

Ketua Pemuda

Dewan Pemuda PAS Selangor

26 ZulHijjah 1440H / 27 Ogos 2019

Facebook : https://www.facebook.com/dppns.org/?ref=bookmarks

Twitter : https://twitter.com/DPPNSofficial?lang=en

Instagram : https://www.instagram.com/dppns_official/?hl=en

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts