SUMPAH KEWARGANEGARAAN

1.3k
SHARES
3.7k
VIEWS

Datuk Dr. Wan Ahmad Fauzi

Penasihat Mi’raj

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 antara lain menandakan persetujuan antara Kerajaan England bagi pihak Negeri-negeri Selat dengan Raja-Raja Melayu bagi Kerajaan Negeri-Negeri Melayu untuk membentuk sebuah Persekutuan Tanah Melayu dan membuka kerakyatan kepada bangsa asing yang sedang mendiami Tanah Melayu.

SYARAT bagi bangsa asing atau orang yang tidak mempunyai mana-mana kewarganegaraan (stateless people) diterima sebagai warganegara Persekutuan Tanah Melayu dinyatakan dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 (setelah Malayan Union Order 1946 dibatalkan) seperti berikut:

AND WHEREAS IT SEEMS EXPEDIENT TO HIS MAJESTY AND TO THEIR HIGHNESSES THAT THE MALAY STATES, THE SETTLEMENT OF PENANG AND THE SETTLEMENT OF MALACCA SHOULD BE FORMED INTO A FEDERATION WITH A STRONG CENTRAL GOVERNMENT, AND THAT THERE SHOULD BE A COMMON FORM OF CITIZENSHIP IN THE SAID FEDERATION TO BE EXTENDED TO ALL THOSE WHO REGARD THE SAID FEDERATION OR ANY PART OF IT AS THEIR REAL HOME AND THE OBJECT OF THEIR LOYALTY:
(Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu: Preamble)

Mereka yang telah diterima masuk sebagai warganegara Persekutuan Tanah Melayu, dan kini menjadi MALAYSIA hasil penyertaan Sabah dan Sarawak; yang setia kepada watan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak diucapkan syabas.

Kita bina Malaysia atas premis watan sebagai teras perpaduan nasional. Kita bangsa Malaysia yang WAJIB mendokong watan tanah air ini (THOSE WHO REGARD THE SAID FEDERATION… AS THEIR REAL HOME AND OBJECT OF THEIR LOYALTY;).

Bagi mana-mana yang alpa dan lupa sejarah, kembalilah ke pangkal jalan. Bumi ini ada watannya, kamu sudah diterima sebagai warganegara bumi Melayu ini maka cintailah nilai-nilai dan unsur-unsur watannya (tanpa sebarang paksaan untuk memeluk agama Islam).

Renungkan pra-syarat nenek moyang kamu diterima sebagai warganegara Persekutuan Tanah Melayu, hentikanlah provokasi. Lafazkanlah kembali SUMPAH KEWARGANEGARAAN yang pernah nenek moyang kamu berikrar kepada Persekutuan Tanah Melayu:

“I, A.B of …… do swear that I will be a true, loyal and faithful Citizen of the Federation of Malaya and will give due obedience to all lawful Authorities constituted in the Federation. …”
(Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948: Borang VIII)

Hentikan propaganda.

Komunis berjuang melawan Jepun kerana majoriti ahlinya masih setia dengan negara asal mereka yang dijajah.

Komunis berjuang untuk mendirikan kerajaan berfahaman komunis, memiliki cita-cita untuk menguasai Tanah Melayu dengan ideologi komunis.

Komunis berjuang bukanlah demi watan Tanah Melayu. Jika komunis pejuang kemerdekaan pastinya mereka taat kepada watan Tanah Melayu.

Adakah komunis setia dengan Sumpah Kewarganegaraan seperti Borang VIII Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu di atas?

Adakah kamu juga masih bersetia dengan sumpah Kewarganegaraan nenek moyang kamu seperti Borang VIII di atas?

Insaflah!, Jangan lagi bermain dengan api.

Eratkan perhubungan antara kaum dengan ikatan watan tanah air. Buktikan bahawa kamu berpegang teguh bahawa bumi Melayu, Sabah dan Sarawak ialah tanah air dan watan kamu serta tempat kamu menumpahkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi.

Jangan nanti anak cucu kamu menyesal dengan keterlanjuran kamu pada hari ini. Mereka seharusnya dididik dengan semangat watan bumi ini. Fikirkanlah masa depan anak Malaysia yang perlu dipupuk perasaan muhibah dan harmoni.

Sedarlah bahawa di sini ialah bumi Melayu, Sabah dan Sarawak tempat kita semua berpijak dan langit dijunjung. Watan yang kita sama-sama tumpahkan taat setia.

Malaysia Tanahairku.

Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari KEMERDEKAAN.

Apa itu Hari Kemerdekaan?

Apakah sebenarnya yang kita sambut selama ini berdasarkan rundingan politik antara Kerajaan Negeri-Negeri Melayu dengan Kerajaan Negeri-Negeri Selat?

Ringkasnya, erti HARI KEMERDEKAAN TANAH MELAYU 1957 menandakan 7 PERKARA UTAMA iaitu;

1. HARI PERSEKUTUAN TANAH MELAYU;

2. HARI KERAJAAN TANAH MELAYU KITA
BEBAS DARIPADA CAMPUR TANGAN BRITISH;

3. HARI PULAU PINANG DAN MELAKA BEBAS DARIPADA PENJAJAHAN DAN DISERAHKAN KEPADA KEDAULATAN YANG DI-PERTUAN AGONG;

4. HARI TERTUBUHNYA KERAJAAN PERSEKUTUAN YANG BERLANDASKAN KEDAULATAN RAJA-RAJA MELAYU DAN KELUHURAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN;

5. HARI TERTUBUHNYA PEMERINTAHAN YANG DI-PERTUAN AGONG DAN PENTADBIRAN PILIHAN RAKYAT MELALUI SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN;

6. HARI PENGUKUHAN JATI DIRI BANGSA MELAYU YANG TERASAS DARIPADA WATANNYA; dan

7. HARI PEMASYHURAN ISLAM SEBAGAI AGAMA BAGI PERSEKUTUAN SELARAS DENGAN KEDUDUKAN AGAMA ISLAM DI SETIAP KERAJAAN NEGERI TANAH MELAYU SEBELUM 1 DISEMBER 1941.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts