KERAJAAN SELANGOR DIGESA FOKUS PENYELESAIAN BANJIR KILAT

18
SHARES
203
VIEWS

Banjir kilat yang melanda Subang Jaya ekoran hujan lebat yang berterusan selama sejam mengakibatkan jalan utama ditenggelami air dan beberapa buah kenderaan yang hanyut.

Insiden ini dilaporkan telah berulang beberapa kali tanpa ada seberang penyelesaian yang tuntas dari pihak kerajaan negeri Selangor sehingga kini.

Terbaru apabila laluan utama di Persiaran Kewajipan, di Subang Jaya ditenggelami air apabila hujan lebat sejak jam 3 petang dinaiki air pada paras tiga hingga 3.5 meter.

Sepatutnya isu banjir yang telah berulang kali ini diberikan perhatian serius oleh pihak kerajaan negeri serta beberapa agensi terbabit seperti pihak berkuasa tempatan.

Ini kerana saiz dan ukuran sistem perparitan yang sedia ada tidak lagi dapat menampung tadahan air hujan yang banyak jika berlaku lagi pada waktu akan datang.

Sehubungan itu, perlunya ada satu tindakan segera lagi efisien bagi mengatasi masalah ini agar kebajikan rakyat terus dijamin.

Sebab itu, Pemuda PAS Selangor menekankan aspek keseriusan kerajaan negeri Selangor dalam menjaga hal kebajikan rakyat tempatan seumpama ini.

Pemuda PAS Selangor melihat pergolakan dalaman kerajaan PH telah mengakibatkan fokus terhadap kebajikan rakyat terganggu dan terabai.

Justeru kita nasihati semua pimpinan politik dalam kerajaan negeri Selangor agar berhenti dari terpalit dengan polemik dalaman sehingga mandat yang diberikan oleh rakyat tidak dapat dilaksanakan dengan baik.

Demi Islam

Bangkit : Pemuda Perintis Kebangkitan Ummah

Ustaz Hanafi Zulkapli

Ketua Pemuda

Dewan Pemuda PAS Selangor

Tarikh : 17 ZulHijjah 1440H / 18 Ogos 2019

Facebook: https://www.facebook.com/dppns.org/?ref=bookmarks
Twitter: https://twitter.com/DPPNSofficial?lang=en
Instagram: https://www.instagram.com/dppns_official/?hl=en

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Berkaitan