MEMALUKAN APABILA KHAT DAN JAWI DISERAH KEPADA PIBG, PM HILANG WIBAWA – WIRA PUTRA

489
SHARES
2.3k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA KETUA WIRA PENAJA PERGERAKAN WIRA PUTRA MALAYSIA

WIRA PUTRA TEGAS PENDIRIAN HARAMKAN DONG ZONG SEGERA DAN WAJIBKAN PEMBELAJARAN TULISAN KHAT JAWI DI SEMUA SEKOLAH

Oleh : Nasrul Ali Hasan Abdul Latif

Ketua Wira Penaja

Pergerakan Wira PUTRA Malaysia

17 Ogos 2019 | 16 Zulhijjah 1440H

1.  Setelah dua hari berlalu penyerahan memorandum di Bukit Aman, Wira PUTRA hari ini tegas dengan pendirian dan terus menggesa kerajaan mengharamkan Dong Zong.

Kerajaan yang baik sepatutnya dengan segera mengambil tindakan kepada mana-mana pihak atau individu apabila berlakunya perancangan atau usaha ke arah mengancam keselamatan dan keharmonian negara dengan perbuatan menghasut.

Jika ia tidak dilakukan sedemikian, Kementerian Dalam Negeri akan dilihat gagal dalam menguruskan kementeriannya.

2. Selain itu, berdasarkan keputusan mesyuarat kabinet pada Rabu lalu, Wira PUTRA merumuskan Dr. Maszlee Malik gagal dalam usaha memartabatkan pendidikan Bahasa Melayu dengan menambah pembelajaran tulisan Khat Jawi.

Beliau bukan sahaja dilihat gagal bertegas dengan usahanya malah dengan mudah usahanya itu dipatahkan dengan manipulasi jemaah menteri yang sebahagian besarnya mendokong dan menyokong usaha Dong Zong dalam usaha membatalkan pembelajaran tulisan Khat Jawi tersebut.

Tindakan memberi kuasa kepada PIBG bagi menetapkan kurikulum yang perlu diajar di sekolah kerajaan dan menjadikan elemen dalam pembelajaran subjek bahasa Melayu sebagai selektif adalah satu tindakan tidak masuk akal.

Ini kerana sokongan setiap sekolah khususnya sekolah vernakular pasti bercanggah dan tidak bersifat nasionalis.

Keputusan seperti ini tidak pernah berlaku sepanjang kewujudan Kementerian Pendidikan kerana ia seperti memperlekehkan kuasa menteri yang telah diamanahkan.

3. Dr. Maszlee seharusnya lebih tegas dan berani serta jangan jadi ‘pak turut’ hanya dengan desakan sebuah NGO yang rasis tidak tentu hala, yang merasakan diri mereka besar kerana kononnya ada sokongan kuat dari kerajaan China.

Jika usaha baik seperti ini diperkenalkan dalam pembangunan Dasar Pendidikan Nasional tetapi Dr. Maszlee masih menari ikut rentak yang Dong Zong mainkan, adalah dicadangkan beliau pindahkan sahaja Kementerian Pendidikan Malaysia ke Bangunan Dong Zong dan serah sahaja kuasa kementerian tersebut kepada Dong Zong agar mereka boleh membuat aturan dan segala keputusan bagi menentukan Dasar Pendidikan Nasional.

Jika dalam tempoh terdekat ini, Menteri Pendidikan masih menuruti kehendak Dong Zong yang rasis ini, maka ia akan menjadi kemenangan dan kejayaan besar buat mereka.

Jika ini berlaku, maka semulia-mulia tindakan yang perlu dilakukan oleh Menteri Pendidikan adalah meletakkan jawatan secara terhormat kerana kegagalan beliau bertegas dalam menguruskan kementeriannya, yang turut telah ditegur oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.

4. Kepada Kementerian Dalam Negeri, Wira PUTRA masih optimis dan mengharapkan pengharaman Dong Zong yang juga sangat diharap oleh seluruh rakyat Malaysia yang menolak usaha pencabulan keharmonian dan perpaduan negara ini, agar tidak dilengahkan.

Sudah banyak bukti melalui kenyataan dan tindak-tanduk mereka yang tidak menunjukkan sifat nasionalis dan cintakan tanah air.

Lebih-lebih lagi apabila cuba melibatkan negara luar bagi mendapatkan sokongan, ia menggambarkan seolah-olah mereka tidak lagi bergantung harap pada kerajaan Malaysia dan sebaiknya segera diharamkan pertubuhan mereka dan minta dipulangkan kembali kewarganegaraan, seterusnya segeralah berpindah pulang ke negara China dan bukalah Dong Zong di sana.

Jika tidak mampu untuk membeli tiket kapal terbang, orang Melayu sedia membina tongkang khas yang muatannya juga besar bagi memberi laluan mereka yang rasis ini untuk pulang ke tanahair yang mereka banggakan ini.

5. Oleh itu, Wira PUTRA tetap dengan pendirian mahukan Dong Zong diharamkan bagi memastikan pertubuhan yang rasis dan sentiasa menentang dasar kerajaan mesti diharamkan kewujudannya di Malaysia.

Jelas kerajaan hari ini gagal menegakkan ‘Rule of Law‘ dan gagal melaksanakan dasar-dasar nasional yang berteraskan asas Perlembagaan Negara.

Ia amat memalukan apabila gagal mempertahankan dan melaksanakan pengajaran tulisan Khat Jawi yang merupakan perkara kecil sahaja.

Menteri-menteri Kabinet PH jelas tidak menghormati wawasan YAB Tun Mahathir selaku Perdana Menteri.

Kerajaan PH sudah hilang integriti apabila Menteri lain mencampuri urusan kementerian lain dan tidak mementingkan Dasar-dasar Nasional Negara tapi lebih kepada kepentingan sentimen kaum semata-mata.

Keputusan menyerah kepada PIBG untuk memutuskan sama ada pengajaran khat jawi boleh diajar kepada pelajar atau tidak, adalah keputusan mempersendakan pemikiran rakyat.

Lebih baik buat keputusan nyatakan cadangan pengajaran tulisan Khat Jawi dibatalkan dan Menteri Pendidikan serta Kementerian Pendidikan dibubarkan sahaja.

Semua urusan pendidikan serah sahaja pada Dong Zong sebab mereka lebih berkuasa dan lebih hebat dari Perdana Menteri.

Memalukan anak cucu.

Sudah tidak ada lagi di mana langit di junjung, di situ bumi dipijak.

Terima Kasih.

Ingat Melayu, Ingat PUTRA

PUTRA PERKASA NEGARA

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts