RECESSION, ECONOMY DOWNTURN – KEADAAN EKONOMI YANG TIDAK MENENTU

383
SHARES
2.3k
VIEWS

Keadaan Ekonomi yang tidak menentu di Eropah sekiranya United Kingdom keluar daripada European Union (EU) tanpa sebarang perjanjian (No deal Brexit), melihatkan negara Jerman berada dalam keadaan paling cemas.

Kejatuhan Ekonomi – Economy Decline by 0.1%, memperlihatkan Jerman bakal berhadapan dengan kegawatan ekonomi.

Manakala, peperangan ekonomi antara US dengan China juga akan membawa pelbagai implikasi kepada Malaysia.

Kenaikan tarif barangan dari China ke US pada 1 September, memperlihatkan ini permulaan peperangan ekonomi yang dingin.

Keadaan ekonomi Malaysia yang bertambah parah dan merudum, memperlihatkan negara juga akan berhadapan dengan kegawatan ekonomi yang serius.

Hutang negara dari RM686 billion ringgit kini sudah mencecah kepada RM805 billion iaitu lebih daripada RM119 billion naik semenjak 15 bulan Kerajaan Pakatan memerintah.

Sekiranya pinjaman sebanyak RM25 billion adalah untuk menampung kekurangan daripada kutipan GST yang hilang.

Manakala sebanyak RM9 billion ringgit lagi adalah untuk bayaran BSH (dulu dipanggil BR1M).

Dengan mengambil pengiraan, RM1,500-00 × 6 juta penerima = RM9 billion ringgit.

PERSOALANNYA:

RM25 billion + RM9 billion = RM34 billion ringgit ditolak dengan pinjaman RM119 billion ringgit = ada lebihan sebanyak RM85 billion ringgit.

Persoalannya;

Apa yang dibuat oleh Lim Guan Eng, Menteri Kewangan kepada lebihan RM85 billion ini.

Ke mana duit rakyat ini pergi?

Tidak nampakpun projek baru yang Kerajaan PH hendak buat kecuali kereta National ke-3.

HAIRAN BIN AJAIB.

Rakyat perlukan jawapan dan penjelasan daripada Menteri Kewangan dan Kerajaan PH.

Yang menanggung hutang ini, adalah generasi kita masa hadapan.

Salam.

DSBA

17 Ogos 2019

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts