YEW YIN YANG HINA ATM, TETAPI MAT SABU SALAHKAN NETIZEN – DR. NOVANDRI

3.1k
SHARES
14.5k
VIEWS

Setelah 48 jam berlalu, akhirnya… Barulah Mat Sabu bersuara mengenai keceluparan Koon Yew Yin yang menghina Tentera DiRaja Malaysia.

Tetapi tidak nampak riak muka yang berang seperti bila Mat Sabu baling mikrofon di stage atau ketika dia kalih ke kamera dan kata “Mahathir pelingkup negara”.

Kita musykil kerana baru hari ini Mat Sabu bagi respons sedangkan dia bertaraf Menteri dan anggota-anggota dalam kementeriannya telah dihina sehina-hinanya tanpa belas kasihan.

Adakah kerana Koon seorang jutawan penyokong tegar dan penyumbang dana politik PH termasuk parti Mat Sabu sendiri?

https://www.freemalaysiatoday.com/…/hina-anggota-tentera-p…/

Walaubagaimanapun, kita setuju dengan kenyataan yang dibaca oleh Mat Sabu iaitu mana-mana individu tanpa mengira kaum dan agama yang hina ATM adalah perbuatan jijik dan tidak boleh diterima sama sekali.

Ironinya, Mat Sabu dakwa ada isu perkauman yang dimainkan!

Pertama, kenyataan Mat Sabu tidak benar. Ini bukan isu perkauman dan kenyataan Mat Sabu menokok tambah perkara yang tiada, sangatlah dikesali.

Kedua, Koon bukan budak tadika tetapi sudah berumur, aktif dan telah lama mengumpul harta di negara yang aman ini.

Apatah lagi orang ini pernah berjumpa dan berbual-bual dengan Chin Peng, ketua komunis Malaya. Sepatutnya Koon yang lebih tahu mengenai pengorbanan tentera Malaysia.

Jadi tidak masuk akal jika Koon tidak sengaja.

Ketiga, kelakar bila Mat Sabu tuding jari salahkan netizen. Dia dakwa kalau seorang Islam kritik, netizen diam tetapi apabila si Koon yang buat, netizen melenting.

Aaikk…ke situ pulak!

So, sebelum salahkan netizen, apakah Mat Sabu pernah menegur “seorang Islam kritik” itu?

Mat Sabu juga kata, walau apapun pandangan yang dilontarkan oleh netizen, pasukan ATM harus tetap berkhidmat kepada kerajaan yang memerintah serta mempertahankan kedaulatan negara.

Aikk….salah netizen lagi!

Keempat, jika Mat Sabu mahu ungkit mengenai “seorang Islam kritik” iaitu TS Harris Salleh, yang berkata “anggota tentera hanya makan dan tidur” ialah Koon Yew Yin.

Yang minta anggota tentera ganti tempat pekerja asing di FELDA ialah Koon Yew Yin.

So salah tetap salah.

“Apabila bekas Ketua Menteri Sabah keluarkan kenyataan minta bekas tentera jadi pengawal keselamatan, manakala tentera wanita elok menjadi amah atau tukang cuci, rakyat tidak melenting.

Ia juga merendahkan pasukan tentera,” kata Mat Sabu.

Apanya yang “merendahkan pasukan tentera” jika KDN telah menetapkan syarat ketat kepada agensi pengawal keselamatan dengan mensyaratkan 1/5 daripada pengawal-pengawal Agensi Perkhidmatan Kawalan DIKEHENDAKI terdiri dari bekas polis dan bekas tentera?

Bayangkanlah jika tidak cukup staf dalam kalangan bekas polis dan tentera, no licence dan agensi gulung tikar!

Kelima, Harris Salleh tidak pernahpun kata tentera wanita elok menjadi amah atau tukang cuci seperti yang didakwa oleh Mat Sabu!

Bekas Ketua Menteri Sabah kata, anggota tentera wanita boleh MEMBANTU membersihkan rumah dan  mengadakan kursus-kursus yang dapat membantu golongan suri rumah meningkatkan tahap kebersihan dan keselesaan hidup mereka BUKANNYA jadi amah atau tukang cuci.

Sebenarnya, Harris Salleh, bekas Ketua Menteri Sabah itu merujuk kepada kenyataan Dr Mahathir yang kata jika mana-mana negara mahu menyerang Malaysia, mereka HANYA perlu datang sebab Malaysia tidak akan pergi berperang.

Kenyataan itu ketika persidangan antarabangsa mengenai Masa Depan Asia di Tokyo.

Mat Sabu tidak mahu bidas kenyataan Mahathirkah?

Keenam, persoalannya sekarang, bilakah parti Mat Sabu dan komponen-komponen dalam PH mahu memulangkan kembali RM100,000 setiap parti dana PRU yang diberi oleh Koon Yew Yin sebagai tanda menolak penghina ATM ini?

Jangan cakap sahaja tetapi wang ambil juga.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts