LUCUTKAN KEWARGANEGARAAN PENDATANG YANG TIDAK SETIA KEPADA PERSEKUTUAN – PUTRA

1.1k
SHARES
3.9k
VIEWS

1. PUTRA merujuk kepada Perkara 25(1) Perlembagaan Persekutuan yang memberikan kuasa kepada Kerajaan Persekutuan untuk melucutkan taraf kewarganegaraan mana-mana rakyat Malaysia yang melalui perbuatan atau percakapannya menunjukkan tidak taat atau tidak setia kepada Persekutuan.

2. Pada tahun 1961, pengasas Dong Zhong yang bernama Lim Lian Geok telah dilucutkan kewarganegaraan kerana tindakan dan ucapan beliau ketika itu telah dianggap tidak setia kepada Persekutuan.

3. Kes Lim Lian Geok v The Minister of Interior, Federation of Malaya ini telah dilaporkan di (1962) 28 MLJ 159 yang menggariskan 4 syarat yang perlu dipatuhi sebelum kewarganegaraan seseorang boleh ditarik balik seperti berikut:-

“Four conditions must be fulfilled.

The first is that the Minister must have certain grounds of fact in his mind.

The second is these ground must consist of acts or speech.

The third is that the person against whom the order is proposed to be made should be informed what these ground are.

And the fourth is that these ground of fact should be capable, if made out, of showing as a matter of Law disloyalty or disaffection towards the federation”

4. Asas tindakan Kerajaan Malaya terhadap Lim Lian Geok (1961) adalah seperti berikut:-

a) You have deliberate misrepresentation and inversion of Government Education Policy in a manner calculated to excite disaffection against the Yang Di Pertuan Agong and the Government of the Federation ;and

b) that you have make an emotional appeals of an extreme communal nature calculated to promote feelings of ill-will and hostility between different races in the Federation likely to cause violence.

5. PUTRA selanjutnya merujuk kepada tindakan-tindakan yang telah dilakukan oleh Dong Zhong ketika membantah pengenalan tulisan Jawi di sekolah vernakular yang telah menjadi dasar Kerajaan Persekutuan.

6. PUTRA juga merujuk kepada respon Perdana Menteri yang kecewa dengan sikap kepimpinan Dong Zhong dan secara terbuka menggelar Dong Zhong sebagai pertubuhan RASIS.

7. PUTRA mendesak Kerajaan Persekutuan untuk merujuk kes duluan Lim Lian Geok ini untuk mempertimbangkan prosiding melucutkan kewarganegaraan kepimpinan Dong Zhong sebagai pengajaran kepada sikap rasis mereka yang tidak menunjukkan ketaatan dan kesetiaan kepada Persekutuan.

8. Kerajaan telah melakukan tindakan ini sekali dan tidak menjadi sesuatu yang pelik jika Kerajaan mengambil tindakan tegas sekali lagi.

9. Taraf kewarganegaraan yang diberikan kepada kaum pendatang menurut Perkara 17 Perlembagaan adalah pemberian bersyarat iaitu mereka hendaklah melucutkan kesetiaan mereka terhadap negara asal dan menumpahkan taat setia kepada negara baru yang menerima mereka sebagai warganegara.

10. Jika mereka melanggar syarat tersebut, maka pengkhianatan mereka terhadap Malaysia hendaklah dihukum dengan menarik balik kewarganegaraan yang pernah diberikan dahulu.

PUTRA PERKASA NEGARA

#RasisBerpelembagaan

Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz

Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA)

15 Ogos 2019

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts