TIMBALAN MENTERI DEDAHKAN PEMBOHONGAN PH – DR. NOVANDRI

713
SHARES
2.9k
VIEWS

Oleh Dr. Novandri Hasan Basri

7/1/18 – Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Pemuda Pakatan Harapan berikrar wujudkan 1 juta peluang pekerjaan buat anak muda dan gaji minimum RM2,500 jika menang PRU-14.

23/4/18 – Pakatan Harapan berikrar tidak kecilkan saiz perkhidmatan awam jika tawan Putrajaya.

Malah, Syed Saddiq juga pernah cabar Najib Razak untuk cuba hidup dengan RM1,500 sebulan (gaji minimum manifesto BN).

Tapi Saddiq tidak pula cabar PM ke-7 untuk cuba hidup dengan RM1,100 sebulan (gaji minimum kerajaan PH)!

1 juta peluang pekerjaan, gaji minimum RM2500 dan tidak kecilkan saiz perkhidmatan awam ternyata hanya pelaris manifesto PH saja.

15/8/19 – Hari ini, Md. Farid Md Rafik timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri telah mengesahkan pembohongan PH itu.

Beliau mengaku di antara inisiatif kerajaan PH ialah mengecilkan saiz perkhidmatan awam daripada 1.7 juta kepada 1.6 juta perjawatan sahaja.

Kata mudah, 100,000 orang penjawat awam akan menerima padahnya. Anak-anak dan keluarga penjawat-penjawat awam itu sudah pasti turut bersedih akibat ‘inisiatif’ PH ini.

Ironinya, DAP yang selama ini mendakwa wujudnya pilih kasih yang mengutamakan kaum Melayu dalam sektor awam ternyata satu pembohongan besar.

Timbalan Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri Dr Mahathir sendiri telah beri buktinya.

Beliau kata peluang pekerjaan sebagai penjawat awam terbuka kepada semua kaum untuk memohon. TETAPI bukan Bumiputera yang sebenarnya kurang berminat bekerja dalam sektor awam.

Walaubagaimanapun, DAP tentu berpuas hati kerana polisi mereka tentang perlunya saiz penjawat awam dikecilkan telah terlaksana dengan jayanya.

https://www.freemalaysiatoday.com/…/saiz-perkhidmatan-awam…/

https://www.freemalaysiatoday.com/…/pemuda-ph-janji-1-juta…/

https://www.freemalaysiatoday.com/…/ph-tak-perlu-kecilkan-…/

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts