BERSIKAP BIADAB, KEMUDIAN MINTA MAAF, ADAKAH SEMUDAH ITU? – DR. NOVANDRI

406
SHARES
2.3k
VIEWS

Oleh Dr. Novandri Hasan Basri 

Sebelum ini, Pengerusi Country Height Holding Berhad, Lee Kim Yew dikecam kerana tukar warna putih Jalur Gemilang kepada warna hitam di Facebook-nya.

Bila teruk dikecam, beliau minta maaf.

Sekarang, seorang lagi bernama Koon Yew Yin, a retired chartered civil engineer and one of the founders of IJM Corporation Bhd & Gamuda Bhd.

Bukan sahaja bantu berkempen, Yew Yin mengaku bagi wang RM100,000 kepada keempat-empat komponen dalam PH pada PRU-14 lepas.

Orang ini sangat tidak berpuas hati dengan penjawat awam dan bagi 6 cadangan kepada kerajaan PH. Di antaranya, beliau mahu jumlah penjawat awam dikurangkan gradually.

Tetapi cadangan nombor 3 beliau sangat kurang ajar dan menghina pasukan keselamatan (arm forces)!

3. “As you know, the arm forces personals are doing nothing except eating and sleeping. In fact, almost all of them have never fired a shot except at target practice. Some of them should replace the foreign workers in the FELDA plantations.” (Seperti yang anda ketahui, pasukan keselamatan personals tidak melakukan apa-apa kecuali makan dan tidur. Malah, hampir semua mereka tidak pernah melepaskan tembakan kecuali semasa latihan sasaran. Ada di antara mereka patut ganti pekerja asing di ladang FELDA).
http://koonyewyin.com/…/my-proposal-for-the-reduction-and-…/

Beliau harap Tun M dan kepimpinan PH implemen ‘cadangan-cadangan’ beliau itu.

Orang yang kaya-raya ini masih tidak puas hati dan hinanya pasukan keselamatan di mata penyokong kuat PH ini!

What’s next?

Minta maaf?

Selepas ini ada orang lain yang mulut celupar tidak berfikir dan minta maaf?

Begitu seterusnya?

Ikut pautan posting Facebook beliau di;

https://m.facebook.com/DrNovandriHasan/posts/888282761552596

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts