" />
  • MENGENAI ED
  • HUBUNGI KAMI
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN
  • HANTAR ARTIKEL
No Result
View All Result
Tuesday, December 10, 2019
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
Editor Malaysia
No Result
View All Result

KENYATAAN MEDIA PERKASA MENGENAI KENYATAAN KOON YEW YIN BAHAWA “ANGGOTA TENTERA HANYA MAKAN TIDUR SAHAJA”

by Zulaika Yusuf
August 14, 2019
in Ulasan, Utama
0
KENYATAAN MEDIA PERKASA MENGENAI KENYATAAN KOON YEW YIN BAHAWA “ANGGOTA TENTERA HANYA MAKAN TIDUR SAHAJA”
34
SHARES
382
VIEWS
  1. PERKASA memandang serius akan keceluparan jutawan ini yang menyifatkan anggota tentera sebagai tidak berguna langsung dalam sebuah negara membangun saperti Malaysia. Keceluparan jutawan ini sudah tentu mengguris perasaan pasukan keselamatan khasnya, yang selama ini telah berkorban jiwa dan raga keamanan negara ini supaya orang saperti Koon Yew Yin boleh membuat kekayaan dengan selesa. Soalnya inikah balasan yang wajar terhadap pengorbanan anggota tentera ini?
  2. Memanglah tidak dinafikan bahawa negara tidak lagi diancam oleh mereka yang anti negara saperti Parti Komunis Malaya! Kerana mereka ini telah dimusnahkan habis-habisan oleh pasukan keselamatan dalam Darurat Pertama dan Kedua. Kekalahan PKM ini telah berakhir dengan Perjanjian Damai Hadyai pada 2 Disember 1989. Semenjak itu negara telah aman dan kerajaan tidak lagi diganggu-gugat oleh anasir komunis dan telah dapat memajukan negara ini dengan begitu pesat sekali. Apabila negara sudah aman, tidak sepatutnya anggota tentera dilabelkan sebagai makan tidur sahaja. Kita minta pehak ATM supaya membawa orang-orang yang sewaktu dengan Koon Yew Yin ke dalam kem ATM dan melihat sendiri apa yang berlaku dalam kem itu. Sebenarnya mengurus keamanan adalah lebih sukar dari mengurus peperangan.
  3. Walaupun begitu, PERKASA tidak hiran dengan keceluparan Koon Yew Yin, kerana beliau adalah di antara orang ‘ternama’ Malaysia yang menziarahi ketua pengganas Komunis Malaysia Chin Peng ketika ketua Komunis itu berada di Thailand. Ini secara langsung membuktikan bahawa jutawan Koon Yew Yin mengiktiraf PKM dan pemimpinnya. Kita tidak lihat atau tahu yang Koon Yew Yin pernah menziarahi balu-balu anggota keselamatan yang kehilangan suami dalam pertempuran dengan pengganas komunis, atau bekas anggota keselamatan yang cedera dan cacat akibat pertistiwa berdarah. Koon Yew Yin hanya berminat melawat ketua pengganas komunis.
  4. PERKASA tidak mempersoalkan jutawan ini berpihak kepada mana-mana parti politik, itu hak beliau. Tetapi apapun parti yang dianutinya, sebagai rakyat Malaysia, beliau sepatutnya lebih taat kepada negara ini dan menunjukkan semangat patriotik dan tidak mengiktiraf pengganas komunis. Tetapi PERKASA juga ambil maklum bahawa tidak ramai bukan Melayu menyertai pasukan tentera, kerana perbidalan Cina ada menyatakan bahawa “hanya besi yang buruk dijadikan paku”.
  5. Dengan itu PERKASA meminta jutawan Koon Yew Yin memohon maaf dari semua anggota keselamatan khusus anggota ATM bahawa mereka tidak makan tidur sahaja saperti yang didakwanya. Kerana kenyataan beliau berbau rasis kerana lebih 90% anggota ATM dari bangsa Melayu dan Bumiputera. Kenyataan ini tidak sesuai dengan hasrat kerajaan untuk memupuk perpaduan antara kaum di negara ini.

Oleh Mejar Jeneral Dato’ Mohd Yunus Bin Long (Bersara)

Naib Presiden

Pertubuhan Pribumi PERKASA Malaysia (PERKASA)

14 Ogos 2019

  • Facebook
  • Twitter
  • WhatsApp
  • Telegram
  • Email
Tags: Angkatan Tentera Malaysia (ATM)komunisKoon Yew YinMejar Jeneral Dato’ Mohd Yunus Bin LongPERKASA
Zulaika Yusuf

Zulaika Yusuf

Related Posts

KOMUNIS KEMBAR SIAM PENJAJAH – ABDUL HADI AWANG
Ulasan

KOMUNIS KEMBAR SIAM PENJAJAH – ABDUL HADI AWANG

December 7, 2019
NEGARA JADI LONGGOKAN PENGGANAS LTTE DAN KOMUNISME?
Semasa

NEGARA JADI LONGGOKAN PENGGANAS LTTE DAN KOMUNISME?

December 3, 2019
HIMPUNAN PENGGANAS KOMUNIS BAKAL MEROBEK KESEJAHTERAAN NEGARA
Ulasan

HIMPUNAN PENGGANAS KOMUNIS BAKAL MEROBEK KESEJAHTERAAN NEGARA

December 3, 2019
TUN M SOKONG ABU CHIN PENG DIBAWA BALIK?
Ulasan

TUN M SOKONG ABU CHIN PENG DIBAWA BALIK?

November 29, 2019
RANG UNDANG-UNDANG IPCMC PERLU DITANGGUHKAN
Ulasan

RANG UNDANG-UNDANG IPCMC PERLU DITANGGUHKAN

November 29, 2019
ISU CHIN PENG: MENANG JADI ABU, KALAH JADI ARANG
Ulasan

ISU CHIN PENG: MENANG JADI ABU, KALAH JADI ARANG

November 29, 2019

Discussion about this post

  • Terkini
  • Popular
Terkini
  • DAP BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP OMAR FAUDZAR
  • PEGUAM NEGARA: AZHAR, ANWAR, AZMIN?
  • KONGRES PKR 2019: ANWAR BERJIWA KERTAS, AZMIN BERHATI TISU
  • PAU DAN KUNTAU – ANTARA LAUTAN MERAH DAN DAHI BERDARAH
  • WIRA PUTRA KECAM KEBIADAPAN DOKTRINASI MURID MENYANYI LAGU KEBANGSAAN DALAM...
Popular
  • PERJANJIAN KONTRAK TERHAPUS JIKA MANA-MANA PIHAK ENGKAR
  • RIDHUAN TEE: KUIL HINDU LEBIH BANYAK DARI MASJID
  • MALAYSIA PERLU ADAKAN PILIHAN RAYA UMUM SEMULA 2019
  • VIDEO CLIP INTERVIEW: P. WAYTHA MOORTHY
  • PEGUAM NEGARA BERKOMPLOT DENGAN KUIL MENYINGKIR PEGUAM SYAZLIN

INFO

  • MENGENAI ED
  • HUBUNGI KAMI
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN
  • HANTAR ARTIKEL
  • MENGENAI ED
  • HUBUNGI KAMI
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN
  • HANTAR ARTIKEL

© 2018 Editor Malaysia - Teliti | Kritis | Seimbang.

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN

© 2018 Editor Malaysia - Teliti | Kritis | Seimbang.

Login to your account below

Forgotten Password?

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Send this to a friend