DONG ZONG ORGANISASI RASIS PERLU DIHAPUSKAN – UMMAH

1.7k
SHARES
2.4k
VIEWS

1. Merujuk kepada beberapa laporan berita dari media, baik dari sumber elektronik atau cetak seperti Malaysiakini, Sinar Harian, Astro Awani, BH Online, Utusan Online, Utusan Malaysia dll bertarikh 13 Ogos 2019, tajuk utama “Dong Zong Rasis” dan alasan-alasan yang digunakan oleh YAB PM, Tun Dr. Mahathir, maka Pertubuhan Pembela Ummah (UMMAH) yang senada dengan PM dalam perkara ini, memandang serius kerana ia menunjukkan sikap rasis tegar dari kalangan bangsa pendatang yang besar kepala mahu menunjukkan kedegilan melawan bangsa asal negara ini.

2. Sekiranya – antara alasan – Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina (Dong Zong) tidak bersetuju dengan idea penubuhan Sekolah Wawasan sebelum ini kerana bimbang anak-anak mereka (bangsa Cina) bercampur dengan bangsa Melayu, sikap ini merupakan penghinaan yang besar kepada bangsa Melayu yang telah sangat toleransi memberi kerakyatan dan hak di dalam negara milik orang Melayu sejak 1957.

3. Terbaru Dong Zong menyuarakan bantahan mereka terhadap pembelajaran tulisan Jawi dan Khat di sekolah-sekolah vernakular. Ini menunjukkan proses berterusan mereka yang akan membantah apa sahaja perkara yang berkaitan dengan bangsa Melayu.

Mereka tidak mengiktiraf kewujudan orang Melayu di sekeliling mereka, mereka lebih selesa berada bersama sesama mereka, walhal orang Melayu terpaksa menerima mereka dan berkongsi menetap di negara Tanah Melayu ini.

4. UMMAH percaya perkara rasis dan sentiment anti-Melayu ini akan berterusan dimainkan oleh organisasi Dong Zong dan akan sentiasa mencari-cari jalan bagi merosakkan keharmonian masyarakat berbilang kaum dalam negara ini sekiranya tindakan tegas tidak diambil dengan segera.

5. Justeru itu, UMMAH sangat menyokong sebarang tindakan kerajaan mengharamkan persatuan ini, dan melucutkan kewarganegaraan mereka yang terlibat dengan organisasi Dong Zong yang rasis, seterusnya menghapuskan terus sekolah vernakular dari sistem persekolahan dalam negara ini.

6. Langkah drastik dan tegas ini perlu dilakukan dengan segera bagi menjamin keharmonian semua kaum agar dapat terus berkekalan hidup dalam keharmonian, dan agenda perpaduan dalam negara dapat direalisasikan sepenuhnya.

7. Saranan ini perlu disegerakan memandangkan saat ini jelas terlihat bahawa kestabilan negara sering dicabar oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, yang melakukan berbagai provokasi, baik yang datang dari individu dan juga organisasi besar seperti hari ini dari Dong Zong.

Haji Rashidi bin Haris

Naib Pengerusi II UMMAH

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts