BUKTI KEWUJUDAN VIDEO DIRAKAM ISTERI PELANGGAR SYED DANIEL, LOKMAN ADAM GESA BUAT LAPORAN POLIS BERAMAI-RAMAI

1.8k
SHARES
10.7k
VIEWS

Mohon teman-teman buat laporan polis sepertimana contoh di bawah bagi memastikan nasib Syed Muhammad Daniel Syed Syakir akan dapat pembelaan sewajarnya. Jangan sampai nasib beliau tidak terbela seperti nasib arwah Adib.

Dato’ Lokman Noor bin Adam

Pengerusi

Sekretariat Suara Rakyat

LAPORAN POLIS TERHADAP IGP DAN PEGAWAI PENYIASAT KES PEMBUNUHAN ALLAHYARHAM SYED MUHAMMAD DANIEL SYED SYAKIR

Saya Lokman Noor bin Adam ingin membuat laporan polis ke atas Datuk Hamid Bador, Ketua Polis Negara dan Pegawai Penyiasat Kes Bunuh Syed Muhammad Daniel, ASP Siti Sarah Aisyah Saad berhubung penularan satu keping gambar “still image” yang diambil daripada rakaman video kejar-mengejar dan pergaduhan di antara Yew Wei Liang dengan Syed Muhammad Daniel yang disyaki bertujuan untuk menyelamatkan seorang pembunuh dan memburukkan seorang mangsa pembunuhan.

Laporan ini dibuat memandangkan gambar “still image” tersebut telah diambil daripada video yang dirakam oleh isteri Yew Wei Liang. Laporan ini dibuat ke atas ASP Siti Sarah Aisyah kerana beliau adalah Pegawai Penyiasat Kes ini dan Yew Wei Liang serta isterinya kini ditahan untuk membantu siasatan di bawah seksyen 302 Kanun Kesiksaan atas tuduhan membunuh.

Isteri Yew Wei Liang ditahan kerana beliau merakam perbuatan jenayah yang dilakukan suaminya. Ini bermakna, handphone isteri pembunuh tersebut kini berada di dalam simpanan pihak polis sebagai bahan bukti.

Memandangkan kes ini, “kes berkepentingan umum”, adalah sangat mustahil ASP Siti Sarah Aisyah mengeluarkan sebahagian daripada bukti yang beliau perolehi daripada rakaman isteri Yew Wei Liang “secara terpilih”, iaitu dengan mengeluarkan gambar “Arwah Syed Daniel meluru ke bahagian tengah bonet depan kereta Yew Wei Liang dengan kayu softball, tanpa arahan Ketua Polis Negara.

Memandangkan gambar “still photo” itu jelas membuktikan bahawa pihak polis mempunyai rakaman penuh kejadian yang berlaku di antara Yew Wei Liang dengan Syed Muhammad Daniel, hasil rakaman isteri Yew Wei Liang, maka laporan polis ini dibuat bagi meminta pihak polis menyiasat IGP dan IO terbabit atas sebab berikut:

1. Mereka berdua disyaki mahu membantu Yew Wei Liang dari hukuman maksimum dan dikecam oleh netizen kerana memukul dan melanggar mati arwah Syed Daniel dengan mengeluarkan hanya gambar terpilih yang hanya menunjukkan Syed Daniel yang menyerang bonet depan kereta Yew Wei Liang.

2. Jika gambar Syed Daniel boleh ditularkan, tidak ada sebab pihak IGP tidak boleh menularkan video penuh insiden terbabit bagi menghentikan spekulasi di media sosial yang boleh mencetuskan ketegangan kaum.

3. Laporan ini juga dibuat bagi memaklumkan pihak IGP bahawa kini rakyat tahu akan kewujudan video yang dirakam isteri Yew Wei Liang dan menggesa agar pihak polis memastikan bukti rakaman isteri Yew Wei Liang ini tidak hilang seperti rakaman CCTV Hotel Four Point Sandakan (sepertimana dimaklumkan saudara Farhash dalam kenyataan media beliau), yang boleh membuktikan bahawa Azmin Ali dan Haziq Aziz telah memasuki bilik yang sama lebih 45 minit.

Saya berharap, pihak polis dapat menyiasat dan memastikan mereka yang cuba melindungi pembunuh Syed Daniel ini dapat dihadapkan ke muka pengadilan bersama Yew Wei Liang.

Sekian laporan saya, terima kasih.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts