UMNO BUKAN PEMBIAYA KEGANASAN DAN AKTIVITI HARAM…

339
SHARES
2k
VIEWS

Apabila individu atau sesebuah organisasi dikaitkan dengan keganasan atau aktiviti haram maka Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA) akan digunakan untuk menyiasat mereka tidak kira siapa individu ataupun organisasi tersebut.

Terkini, sebanyak 900 akaun UMNO pula dibekukan kerana ingin menyiasat sekiranya dana mereka datangnya daripada 1MDB maka wajar dipulangkan seperti menurut kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ini kerana pembekuan tersebut amatlah tidak wajar kerana akta berkenaan tidak seharusnya digunakan untuk parti politik.

Menurut Ketua Umno Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abd. Samad berkata ia seolah-olah memberi gambaran buruk bahawa hasil dana parti Umno diperoleh daripada kegiatan jenayah.

“Kita di UMNO dan Barisan Nasional (BN) menjadi sasaran seolah-olah pelaksanaan tindakan undang-undang sedangkan undang-undang yang digunakan tidak dirangka untuk parti politik. Ini kerana parti politik sememangnya memiliki dana politik yang diperoleh salah satunya daripada sumbangan dana dari pelbagai pihak, dalam pelbagai bentuk seperti cek dan tunai,” kata beliau kepada Bernama.

Shahrir berkata akta berkenaan seharusnya digunakan dalam menyiasat entiti yang terlibat di dalam kegiatan terorisme, dadah serta jenayah dan bukannya UMNO.

“Erti pengubahan wang haram adalah kegiatan ‘mencuci’ wang hasil jenayah untuk digunakan bagi tujuan lain yang sah. Jadi, saya melihat ada percanggahan undang-undang di situ. Adakah ini bermakna semua dana parti politik adalah hasil jenayah? Sampai ia perlu disiasat sebegitu?,” tambah beliau lagi.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts