INSIDEN DI HIGHWAY NILAI

1.2k
SHARES
12.9k
VIEWS

Allahyarham Syed Daniel ini anak kepada Syed Shakir (Allahyarham).

Saya kenal sesangat bapanya. Kawan saya.

Atok Syed Daniel ialah Syed Azman, seorang peguam terkenal di Ipoh, Perak.

MENGIKUT REPORT POLIS:

1. Syed Daniel memandu kereta keluar dari Tol Bangi menuju ke Seremban dan nyaris berlaku pelanggaran dengan si Yew.

2. Yew marah dan bunyikan hon kereta. Syed Daniel balas dengan isyarat lucah dengan tangan.

3. Yew tidak puas hati kejar kereta Syed Daniel. Berlaku kejar-mengejar di highway sehingga berlaku pelanggaran dekat Nilai.

4. Syed Daniel tidak puas hati keluarkan baseball bat, pukul kereta Yew. Yew pula marah, langgar Syed Daniel dengan sengaja.

5. Syed Daniel cedera parah dilanggar. Kereta naik atas badan Syed Daniel.

6. Syed Daniel dikejarkan ke hospital dan disahkan meninggal dunia.

KES SEUMPAMANYA UNTUK PERBANDINGAN:

Beberapa tahun yang lalu berlaku satu kes yang seumpama ini:

1. Seorang Benggali dan anak perempuannya menaiki sebuah kereta di kawasan Bangsar. Tiba-tiba berlaku sedikit pelanggaran antara kereta dengan sebuah motosikal.

2. Motosikal dipandu oleh seorang budak Melayu.

3. Budak Melayu itu marah kepada budak perempuan yang memandu kereta tersebut. Budak itu kerana takut tidak berhenti tetapi meneruskan perjalanan.

4. Budak Melayu dengan motosikalnya mengejar kereta tersebut dan berjaya menghalang kereta tersebut di jalan hadapan.

5. Budak Melayu yang sedang marah itu, mengambil sabatang kayu dan menghampiri kereta tersebut, bertujuan untuk memukul budak perempuan dan bapanya.

6. Lelaki dalam kereta tersebut (si bapa) keluar dari kereta dan mengeluarkan sepucuk pistol.

7. Kerana mendapati diri dan anaknya dalam keadaan bahaya, si bapa melepaskan satu tembakan ke udara (warning shot). Tembakan amaran.

8. Budak Melayu tersebut tidak menghiraukan tembakan amaran tersebut terus mara dengan kayu hendak memukul kedua-dua mereka.

9. Si bapa tiada pilihan. Menembak lelaki tersebut. Lelaki tersebut terbunuh.

10. Kes dibawa ke mahkamah. Si Bapa didapati tidak bersalah membunuh kerana mempertahankan diri.

KES PELANGGARAN DI NILAI:

1. Syed Daniel memukul kereta si Yew. Persoalan adakah Syed mengancam untuk memukul Yew?

2. Apa hak Yew menggunakan keretanya untuk melanggar Syed Daniel?

3. Kalau tiada KEADAAN NYAWA YEW TERANCAM.
Ini adalah KES BUNUH.

YEW TIADA GROUNDS UNTUK MENGAMBIL NYAWA SESEORANG.

Sama ada Melayu, Cina atau India.

Jangan kerana marah, nyawa melayang.

MEMBUNUH ADALAH SATU JENAYAH YANG AMAT BERAT.

HARAP-HARAP IGP TIDAK MENDAPAT TEKANAN DARI PARTI DAP UNTUK LEPASKAN KES INI:

Rakyat memerhati.

Dahulu kes Adib.

INI KES SYED DANIEL PULA.

Salam.

DSBA

11 Ogos 2019

8.12 malam

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Berkaitan