BEKU TABUNG UMNO, TANDA BEKU UNDANG-UNDANG, BEKU DEMOKRASI

13
SHARES
142
VIEWS

Tindakan kerajaan Pakatan Harapan membekukan akaun UMNO tanpa memberikan sebarang alasan merupakan usaha untuk melumpuhkan parti yang mewakili suara Melayu dan Islam di Dewan Rakyat, menurut kenyataan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (Pemuda UMNO).

Antara lain Pemuda UMNO dengan tegas membantah tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah membekukan akaun UMNO sedangkan Datuk Seri Mohd. Najib sendiri belum didakwa.

Tindakan SPRM ini tidak seperti operasi-operasi sebelum ini, di mana SPRM menjelaskan bahawa risikan dan intipan berbulan-bulan telah dilakukan sebelum sesuatu langkah pembekuan dibuat.

Persoalannya apakah tujuan seluruh akaun UMNO tersebut dibekukan tanpa sebarang pendakwaan namun hanya melalui andaian? Sejak bila negara kita menerima pakai undang-undang berasaskan andaian semata-mata?

Setiap akaun perlu disiasat dan dibuktikan terlibat kemudian barulah dibekukan atas perintah mahkamah namun sekiranya dibekukan kemudian baru disiasat dan dibuktikan, ini membekukan undang-undang kerana dibuat tidak mengikut lunas undang-undang sewajarnya.

Bukanlah demokrasi namanya jika tujuannya untuk mengkuburkan pembangkang.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Berkaitan

Send this to a friend