JANGAN EKSPLOITASI MAAHAD TAHFIZ

489
SHARES
2.2k
VIEWS

Agak menggusarkan banyak pihak apabila keseimbangan iklan filem dengan jalan cerita serta tajuknya dilihat tidak selari. Maksudnya iklan itu seolah-olah membawa imej buruk kepada Maahad Tahfiz. Ia menjadi asbab kepada timbulnya berbagai polemik, mungkin tujuannya untuk melariskan filem, atau alasan dakwah sekalipun, namun ianya tetap akan mengundang fitnah kerana mengaitkannya dengan institusi tahfiz.

2. Sinopsis cerita dikatakan seperti berikut, “Iaitu mengenai diri watak utama yang mengisahkan bagaimana asalnya dia seorang maknyah, atau pondan. Lalu berlaku sesuatu, yang menyebabkannya bertaubat. Ia sedar akan kesilapannya dan tidak mahu lagi ulangi kesalahan yang sama. Kesedaran dan taubat pondan ini mendorongnya mencari Tuhan. Maka, hasilnya dari pembelajaran ilmu agama di sebuah tahfiz, beliau berubah terus berpenampilan fitrah seorang lelaki. Hendak berubah, maka kenalah seseorang itu berhijrah ke tempat yang baik-baik. (merujuk kepada satu kisah dalam hadis sahih mengenai lelaki yang telah membunuh 99 orang).”

3. Dalam ertikata lain, terbitan drama “kisah benar” ini dilihat sesuai untuk mendidik dan memberi pengajaran kepada insan-insan yang kita kasihi yang telah tergelincir ke jurang kemaksiatan, atau yang telah terjatuh jauh ke gaung neraka jahanam tetapi ketika di pertengahan jalan ia tersedar, lalu bertaubat dan ingin kembali ke pangkal jalan. Keberhasilannya ia mencapai kejayaan setelah menemui jalan lurus yang sebenarnya.

4. Dalam “dunia industri” ini, asasnya MUAFAKAT dari dahulu memang tidak bersetuju dengan apa bentuk filempun jika di dalamnya ada perkara maksiat. Contoh maksiat, seperti pelakon wanita tidak menutup aurat, bersentuhan sesama pelakon yang bukan mahram, ibarat-ibarat atau sinopsis-sinopsis buruk dan keji yang boleh mempengaruhi minda generasi belia, seperti bercakap dalam bahasa carut atau lucah. Jika batasan ini dapat dikawal dan dijaga dengan sebaik-baiknya maka tidak menjadi halangan bagi MUAFAKAT untuk sesebuah filem atau drama hendak diterbit dan disiarkan kepada masyarakat.

5. Mengenai alasan filem ini dikatakan kerana memaparkan kisah benar dan trends ini kita lihat ramai para penerbit berbuat demikian, itu hak mereka. Manakala filem-filem yang menerbitkan filem-filem kisah khayalan (syubhah menipu orang ramai dengan angan-angan palsu), MUAFAKAT menolak dan membantah penyebaran filem-filem palsu seperti ini kerana ia adalah khayalan palsu dari penulis yang cuba berkongsi kepalsuannya yang keluar dari hawa nafsu dengan diselang-selikan di dalamnya adegan lucah, berahi, dan terdapat unsur-unsur provokasi membudayakan masyarakat Islam dengan budaya Barat yang sesat.

6. Dan jika kisah benar sebagai alasan bagi prinsip dunia perfileman, agar industri tidak beku dan kaku, maka MUAFAKAT sarankan juga supaya diterbitkan kisah-kisah benar mengenai menteri yang mempunyai watak hitam di sebalik penampilan wajah pejuang rakyat. Contohnya kisah bagaimana dua orang pelaku seks songsong (LGBT) yang berebut mahu menjadi Perdana Menteri.

7. Jika ini yang dihasratkan dan yang diperjuangkan oleh penerbit filem berkenaan bagi menghasilkan filem bertaraf antarabangsa, MUAFAKAT sangat mengalu-alukannya. Dan jika tidak seperti yang dikata, maka sayugianya penerbit tidak membuka aib seseorang atau mana-mana pihak, dan tidak meletakkan dirinya dalam persekitaran fitnah yang boleh merosakkan minda masyarakat.

Haji Rashidi bin Haris

Ketua Media MUAFAKAT

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts