DAP HENTIKAN KEBIADABAN, USAH CEMARI DUN SELANGOR

20
SHARES
209
VIEWS

Sidang DUN Selangor pada awalnya dijadual berlangsung daripada 29 Julai hingga 9 Ogos. Tetapi dipendekkan sehingga 31 Julai.

Isunya apabila bantahan Adun-Adun DAP terhadap RUU Pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam ianya adalah berkaitan pemelukan Islam kanak-kanak di bawah 18 Tahun.

Usul ini dibawa oleh Menteri Besar tetapi dibangkang oleh Adun-Adun DAP. Sedangkan ia telah mendapat Perkenan KDYMM Tuanku Sultan Selangor pada 5 Julai 2019.

Tindakan menangguhkan Dewan semata-mata untuk mengganggu pindaan Enakmen ini telah mencemarkan Dewan yang mulia.

Sewajarnya Dewan Undangan Negeri menjadi tempat perbahasan yang terbaik  bagi Ahli Dewan Negeri yang mendapat amanah dari rakyat. Tetapi dicemari dengan sikap angkuh DAP.

Pemuda PAS Selangor mengingatkan DAP agar jangan cuba mencampuri urusan agama Islam serta usah sesekali biadab terhadap titah KDYMM Tuanku Sultan Selangor.

Sikap Adun-Adun DAP ini seolah-olah membenarkan tanggapan umum masyarakat bahawa mereka MEMUSUHI ISLAM dan TIDAK MENGHORMATI Institusi Raja-Raja Melayu.

Pemuda PAS Selangor menyeru agar seluruh Adun-Adun yang beragama Islam agar menyokong pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam. Sewajarnya umat Islam bersatu dalam isu ini tanpa mengira warna politik apapun.

Pemuda PAS Selangor menyatakan sokongan terhadap kenyataan YB Dato Dr Ahmad Yunus Hairi (Pesuruhjaya PAS Selangor) bahawa Adun-Adun PAS dan UMNO di Selangor menyokong penuh YAB Amirudin Shari dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor sehingga akhir penggal.

Adalah tidak wajar DAP menghuru-harakan kerajaan serta cuba mensabotaj Menteri Besar kerana pindaan Enakmen ini. Sewajarnya DAP sibuk isu penyelewengan pemimpin mereka berkaitan Terowong Dasar Laut di Pulau Pinang daripada sibuk mencampuri urusan umat Islam.

Pemuda PAS Selangor menyeru seluruh umat Islam agar berdoa agar Pindaan Enakmen berjaya pada sidang DUN akan datang serta seluruh Adun-Adun Islam bersatu hati mempertahankan pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam.

“Demi Islam”

“Bangkit; Pemuda Perintis Kebangkitan Ummah”

“Islam Memimpin Perpaduan”

Mohamed Sukri Bin Omar

Timbalan Ketua Pemuda

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Jumaat
8 Zulhijjah 1440
9 Ogos 2019

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Berkaitan

Send this to a friend