KERAJAAN NEGERI SELANGOR DIGESA TUNAIKAN JANJI

345
SHARES
2k
VIEWS

Pemuda PAS Selangor menggesa kerajaan negeri Selangor untuk menyegerakan kerja-kerja pembinaan pembangunan jejambat di SKVE Tol Saujana Putra sebagaimana yang dijanjikan oleh YB MB Selangor.

Pembinaan pembangunan jejambat tersebut dilihat masih belum tertunai sehingga ke hari ini kerana masih tiada sebarang tanda-tanda pembikinan projek tersebut walaupun setelah lawatan YB MB Selangor sejak 12 April 2019.

Dimaklumkan bahawa pembukaan tender telahpun dibuka sejak bulan April lagi dan berdasarkan pelan tindakan sepatutnya kerja-kerja pembinaan telah dimulakan pada bulan Julai ini.

Kerajaan negeri Selangor mesti mengambil tindakan segera sebagaimana janji yang telah diberikan untuk menyelesaikan masalah penduduk Bandar Saujana Putra mengenai kesesakan yang membelenggu mereka di kawasan bulatan antara Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite) dan Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE).

Pemuda PAS Selangor juga berharap dengan pertanyaan yang dibangkitkan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, YB Dato’ Dr Yunus selaku ADUN Sijangkang dalam Sidang DUN baru-baru ini mengenai isu ini diberikan perhatian serius oleh pihak kerajaan negeri Selangor.

Demi Islam

Bangkit : Pemuda Perintis Kebangkitan Ummah

Ustaz Hanafi Zulkapli

Ketua Pemuda

Dewan Pemuda PAS Selangor

5 ZulHijjah 1440H / 6 Ogos 2019

Facebook: https://www.facebook.com/dppns.org/?ref=bookmarks

Twitter: https://twitter.com/DPPNSofficial?lang=en

Instagram: https://www.instagram.com/dppns_official/?hl=en

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts