TULISAN JAWI: DEMI PERPADUAN, SEMUA KAUM PERLU MENGGUNAKAN SATU TULISAN DAN SATU BAHASA

780
SHARES
4.5k
VIEWS

Mukadimah:

Tulisan Jawi secara asasnya adalah huruf-huruf yang berasal dari huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa Melayu. Ia bukan setakat huruf yang berasal dari tulisan Arab tetapi juga huruf yang terpilih bagi menzahirkan sebutan/bacaan Kalam Allah SWT, dalam erti kata lain huruf Jawi adalah juga sebahagian daripada huruf Kalamullah.

2. Jawi telah lama wujud dalam Manuskrip Ketamadunan Melayu di Gugusan Kepulauan Melayu sekitar abad ke-10 Masihi atau 3 Hijrah hingga kemas kini dengan 29 aksara dipinjam dari huruf Arab dan 6 abjad tambahan bagi penggunaan dalam bahasa Melayu sebelum kedatangan pendatang Cina dan India dan sebelum kemunculan huruf rumi lagi. Ini fakta dan bukannya persepsi.

3. Budaya penulisan Cina kekal di China sehingga ke hari ini, begitu juga tulisan Tamil di India, masing-masing mengekalkan dan memperkasa kebudayaan asal bangsa mereka, istimewanya kerajaan Malaysia tidak pernah mengganggu mana-mana bangsa menggunakan tulisan asal-usul mereka. Mereka diberi kebebasan menggunakannya malah dimasukkan ke dalam silibus pendidikan negara, tidak diharamkan sebagaimana sesetengah negara diktator.

4. MUAFAKAT melihat puak ultra kiasu ini semakin menjadi-jadi sikap rasis dan dendam mereka terhadap Islam dan Melayu dalam negara ini khususnya ketidakpuasan hati terhadap Perkara 153 – bagi menangani sikap buruk ini – MUAFAKAT mencadangkan penggunaan satu bahasa, satu tulisan dan satu budaya bagi negara Malaysia. Pada sistem penulisan, MUAFAKAT mencadangkan supaya tulisan Jawi dijadikan tulisan kebangsaan – wajib dipelajari semua bangsa – demi perpaduan dalam negara dapat dicapai, ini kerana majoriti penduduk adalah Orang Melayu dan asal semenanjung ini tamadunnya adalah ketamadunan Orang Melayu, dan tanah nusantara di bahagian semenanjung ini adalah Tanah Melayu sebelum ditukar namanya.

5. Justeru, semua kaum wajib bercakap dalam bahasa Melayu sahaja dan tulisan bangsa Melayu ialah Jawi, maka wajib bagi semua kaum dalam negara ini hanya menggunakan tulisan Jawi sahaja. Demi memupuk ke arah satu bahasa, satu budaya. Malaysian Malaysia.

6. Ini kerana identiti tulisan Cina adalah berasal dari budaya tanah besar China dan tulisan Tamil dari India. Manakala tulisan RUMI muncul kemudian setelah ratusan tahun Semenanjung Tanah Melayu menggunakan tulisan Jawi.

7. Kita boleh lihat bagaimana Jepun mengekalkan tulisan Jepun sebagai budaya bangsa yang maju, begitu juga Korea, hatta China terus degil akan meletakkan tulisan Mandarin dalam semua produk keluaran mereka. Mereka bangga menunjukkan tamadun bangsa mereka maju seiring dengan kemodenan. Maka Malaysia juga sepatutnya naik dan maju dengan arus pemodenan bersama tulisan JAWI.

8. MUAFAKAT mengesyorkan kepada Kerajaan Persekutuan, demi mencapai matlamat keseragaman bahasa dan bangsa.

Amat bijak sekali, jika kerajaan menghapuskan semua tulisan lain dan menjulang hanya satu bahasa dan tulisan bangsa sahaja iaitu jawi.

Jika tidak… Cina ultra kiasu tolong; DIAM!!!

Haji Rashidi bin Haris

Ketua Media MUAFAKAT

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts